Wednesday 17 April 2013

Trader forex by myfx313

Bismillah... Sudah menjadi Sunnatullah.. sesuatu yg berharga adalah susah dicari dan dimiliki. Umpama mutiara , intan berlian dan emas sangatlah payah utk mendapatkannya.. manusia perlu berkorban nyawa menyelami lautan membelah bumi kerananya..
klu tidak begitu manusia terpaksa pula mengumpul duit bertahun2 lamanya utk membeli barang berharga itu. kadang2 manusia mati sebelum dapat memilikinya.. begitulah susahnya utk mendapatkan sesuatu yg berharga...

Tetapi sesuatu yg tidak berharga tidaklah susah utk mencarinya misalnya batu pasir dan tanah..dimana2 saja bolih dapat tanpa usaha ikhtiar yg berat dan susah.. kadang tidak mahu pun tapi dia yg ikut kita dgn melekat pada baju dan kasut kita..

Begitulah ibarat profit dan loss.. kita tahu profit tu nikmat.. so gadaikan nikmat2 yg ada utk mendapatkannya..jika tidak.. usah mimpi utk dapat..mungkin juga bolih disebut tidak mungkin utk merasai dan menikmati.

[1] Trader Ikutan

Istilah lain trader pak turut..
apa org lain kata dia ikut.. tidak ada prinsip yg kukuh. tidak ada alasan yg kuat kenapa dia sell/buy..kalau ditanya kenapa sell.. dia hanya menjawab.."saya dengar org sell saya pun sell"..
dia tidak ada hujah utk membuktikan keyakinan dia tu..
siapa agaknya trader ikutan ini.. biasanya newbie..kita mungkin mengagak org yg tidak sekolah.. bukan begitu! yg sebenarnya majoriti trader baru adalah newbie..kita tanyalah mereka.. mereka menjawab dlm bentuk senyuman...kerana mereka sebenarnya tak tahu.. sifat trader begini ibarat daun pisang kering yg mengikut arah angin.. klu angin keutara ke utara lah dia.. ke selatan ..selatanlah dia.. klu musim joget lambak.. joget lambaklah dia.. klu org profit.. profit lah dia.. klu org loss .. mc lah dia..
maknanya tidak boleh diiktiraf sebagai trader.. klu tidak berminat menuntut ilmu dgn sungguh2.. maka kekallah dia mc selamanya..

[2] Trader berilmu

Jika newbie bersunguh mempelajari ilmu ttg hal2 forex yg asas maka jadilah dia trader yg berilmu.. had paling minimum yg patut dipelajari bagi trader golongan ini ialah tahu sifat2 dan bentuk2 candle, chart pattern..dan konsep SnR..
org yg ada ilmu ini keyakinan dia berasas dan pegangan dia kukuh berdasarkan ilmu.. mereka tidak mudah goyang dgn khabar2 angin dari nyamuk2 yg memberi idea yg meragukan..mereka tidak akan menerima idea itu jika tidak selari dgn ilmu yg dipelajarinya..
segala entry dia .. diyakini dlm bentuk ilmu pengetahuan..dia telah merasa nikmatnya pip hijau namun sering kali pip merah..beroleh pip hijau kadang kala beratus pip.. tapi dlm tak sedar pip merah lebih banyak dari hijau..Apakah mereka tidak sedar?....Mereka sedar.. dlm sedar mereka mc..kerana itu mereka selalu tersadai dlm kelemahan diri sendiri..kekuatan ilmu pengetahuan tidak mampu melawan hasutan nafsu..hasilnya mereka sering gagal..mc akhirnya..

[3] Trader semi-pro

Trader berilmu kemudian rajin menambah ilmu lalu mencuba2 teknik2 baru dgn faham dan khusuk dan tekun mempraktikkan ilmu yg dia tahu.. dia bukan setakat tahu malah kenal betul dgn forex maka dia sering profit.. ilmu dia dah faham...dia sedar kenapa dia profit dan kenapa dia loss..sikap berhati2 dlm setiap entry dan sering menggunakan stop loss sbg langkah keselamatan..
tidaklah setiap masa profit..ada juga waktu2 terlalai..mengakibatkan loss..tapi setiap kali berlaku demikian.. mereka sangat menyesal..bertaubat dan bersungguh2 tak mahu lagi ulang kesilapan tadi..mereka pada peringkat ini tidak tersentuh dgn mc lagi.. klu ada pun loss terlalu sedikit.. cuma kadang kala lambat sikit kerana bila terjadinya loss ambil masa nak cover balik lantaran margin yg makin mengecil..
bila ilmu sudah diFAHAMI dan diHAYATI.. maka tergolonglah kamu digolongan ini..keyakinan dia kuat benar2 menjadi benteng dari khabar2 angin.. yg bersedia menyelamatkan margin dari mc...hasil dari ilmu yg difahami dan dihayati...tapi sebelum ilmu difahami dan dihayati.. jangan mimpi.. justeru utk berjaya forex pelajarilah dulu ilmu forex.. lalu difahami dan dihayati..

[4] Trader pro

Akan dicapai sesudah menjadi trader berilmu dan semi-pro utk sekian waktu masa...dlm istilah lain inilah trader forex sebenar..trader pro.. boleh enrty secara spontan dgn hanya berpandukan chart kosong..setiap kali memandang chart dia tahu bila masa bolih sell atau buy..ingatan dia itu bukan dibuat2 atau dipaksa2 atau difikir2 dahulu.. tapi automatik rasa nak buy dia buy.. rasa nak sell dia sell..malah hebat semuanya betul..
dia tak terpesona langsung dgn pip hijau..dia anggap forex sebagai aktiviti masa lapang kerana terlalu sibuk menguruskan hal2 perniagaan yg lain..atau aktiviti2 lain..
pendek kata segala entry dia betul..ujian2 berupa floting2 yg biasanya tidak tertanggung oleh trader lain.. tidak terjejas pun  bagi dia..bukan kerana margin besar tapi kerana entry sentiasa betul.. margin besar pun tak guna klu entry salah .. habis juga..kerana itu bagi org2 ini forex hanyalah alat permainan yg menipu daya..faktor terpenting dia berjaya kerana telah mengharungi kesemua ketiga2 tahap golongan trader diatas..

[5] Trader senior-pro

inilah peringkat tertinggi yg boleh dicapai bg seorg trader.. duit bukan jadi masalah besar.. forex dlm genggaman dia.. merekalah golongan super-scale..

ok lah kamu ingat tak lagi ada dua chart yg aku post kat blog ni dulu.. ok aku preview dua chart yg tersebut..




ok yg ini pulak chart hari ini... kamu lihat selari tak seperti nota2 blog aku yg lepas2 tentang teknik trendline.. lihatlah sendiri..




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.