Saturday 20 April 2013

Inilah pandanganku by myfx313

Bismillah... Tidak ada seorang trader pun yg mahu rugi apalagi MC..kerana itu semua org  memburu pip hijau.. masing2 dgn cara dan teknik tersendiri.. Allah bekalkan manusia dgn akal fikiran yang dgn nya kamu boleh berfikir dan mengatur strategi dgn baik..Allah iringkan juga dgn nafsu dan emosi.. yg fungsinya mendorong kemahuan membuat sesuatu..tanpa emosi dan nafsu .. keinginan dan kemahuan melaksankan sesuatu rancangan tidak ada... Ini tidak patut...

Sifat akal tadi dan sifat nafsu emosi.. kemampuannya tidak terbatas... Dalam forex ..nafsu mahukan profit.. akal berfikir.. maka lahirlah berbagai2 teknik yg tujuannya tidak lain adalah untuk memperoleh profit..jika nafsu mahu profit tapi akal malas berfikir..tidak guna akal.. maka akan mc selamanya..

So penting ke tidak teknik tu? ada yg kata jgn percaya teknik.. klu tak percaya teknik buat apa cipta teknik..

Teknik forex itu dlm bahasa mudah adalah  panduan atau ikutan... atau peta supaya tak tersesat jalan. kamu mahu ke sesuatu tempat tapi tak ada  peta..sama ada kamu tersesat.. teraba2 atau langsung tak tiba2...kamu nak buat kueh raya.. tapi tak ada panduan resepinya..ikut suka nak letak apa2.. kueh kamu.. akan tak jadi kueh...kalaupun ada buku resepi tapi kamu tak percaya dgn sukatan2 dan bahan2nya .. kueh raya kamu mungkin tak sedap...walaupun dihias cantik tapi tetamu tak mahu makannya..ibarat perempuan cantik tapi tak berakhlak baik..

adakah kita menggunakan akal mengawal nafsu atau akal ditipu helahkan oleh nafsu.. kita trading saja..ikut saja apa rentaknya..sewaktu2 kita sedar juga apa yg kita entry itu salah..tapi kita biarkan juga..sebab MM kita mantap katanya..kita tidak mampu utk cut lost..sebab lemahnya panduan kita...maka bertradinglah mengikut jalan2 sendiri.. hampir2 tidak ada panduan kerana tiada pegangan..akhirnya kelongkang juga..

Oleh itu masing2 merancang dan memikir bagaimana hendak profit..maka berlakulah atau lahirlah satu sistem trading yg dinamakan teknikal analisis..membangunkan satu2 sistem tentulah telah diuji , telah dibukti dan boleh diterima sebagai panduan barulah dinamakan sistem.. bukan bagaikan cerita mat jenin yg kuat berangan.. teknikal analisis tidak menjanjikan apa2 tapi moga2 beroleh panduan utk kekal profit.. bacalah, fahamkanlah, yakinkanlah kemudian bertradinglah... anda tidak akan teraba2..

masing2 berjuang dan bertrading ikut  cara yg berbagai2 tapi matlamat yg sama..memburu pip dan mempertahankan margin..sibuk dgn cara dan teori masing2..begitulah masing2 memilih cara yg difikirkan boleh..oleh kerana jalan berliku dan bersimpang siur..maka berlakulah pertembungan maka disitu lah pentingnya ilmu..yg diyakini lagi dipercaya sbg panduan...jadi kita kenalah menuntut ilmu..selagi ilmu itu memberi faedah profit tak jadi hal.. persoalannya ilmu yg bagaimana?

Jadi teknikal analisis yg baik..mestilah boleh

[1] boleh diketahui status , kedudukan dan sifat2 market semasa
[2] boleh menunjukkan arah
[3] boleh diketahui sempadan2 utk cut loss
[4] boleh diketahui target

jika syarat2 ini dipenuhi tak ada sebab utk kita tidak yakin dan percaya kpd sistem teknikal ..walau MM mantap tapi tak percaya.. akhirnya kecundang juga.. ibarat sell eu 1 sept 2000.. terpaksa hold sampai sekarang atau mungkin tahun 2020 belum tentu boleh close profit lagi.. haha..

Teknikal analisis dicipta utk selesaikan masalah mc...ramai org berlumba2 mengejar dan mencari ilmu ini..bukan kerana taksub dgn teknik.. tapi sifat dahagakan dan cintakan ilmu.. jadilah dia pemburu ilmu....yg cerdik berjuang ..pedulikan org kata pekakkan teling ...dia akan beroleh kemenangan... yg degil pula.. juga.. pedulikan org kata pekakkan telinga....seperti kepala keretapi pakai enjin kancil.. bunyi kuat  tapi tak kemana2..

Terpulanglan kpd saudara saudari.. aku pohon ribuan maaf jika ada ku sebut kesilapan2.. lebih2 ampun maaf kupinta jika cara ku tidak berhikmah seperti yg dikehendaki Allah dan Rasul.. itulah kelemahanku...

sekian..<sebelum subuh>











No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.