Sunday 9 February 2014

Break @ false break by myfx313

Bismillah..... Breakout adalah apabila market close diluar trendline.. jika trendline daily tentulah candle daily diambil kira.. bukannya guna tl daily tapi ikut candle close H4.. itu tak betul..

False break adalah apabila market masuk balik dan close didalm tempat breakout tersebut..itu saja asasnya...apabila false breakout terjadi adakah trendline tersebut masih valid atau tidak???.. ini bergantung sejauh mana market bergerak selepas false break tadi..jika melebihi 50%... maka setup tersebut batal..masa utk tukar timeframe...




apa yang menyebabkan false breakout ini???  lihat tf sebelah yg lebih besar jika ada retrace50 nya atau lihat tf sebelah yg lebih kecil jika ada tp100 nya..

snr juga adalah penyebab utama market pullback...snr ada 2 ... snr minor dan snr major..
snr minor biasanya market akan pullback seketika kemudian meneruskan trend asal...
manakala snr major mungkin akan bersifat kekal iaitu market bermula trend yg baru..


retrace50 ada 2...retrace 50 kerana sudah tp100 atau retrace 50 kerana bounce trendline..
jika retrace50 kerana sudah tp100..market sesudah itu adalah free action.. masa utk duduk tepi dulu sebab market tak tahu nak pergi mana..market yg membosankan dan high risk utk trade..
jika retrace 50 kerana pullback yang disebabkan snr atau bounce trendline ada harapan utk meneruskan trend...




tp100 adalah target utk sesuatu trend..bagi setiap tf ada trend dia tersendiri...short term , mid term , long term...market perlu menghabiskan trend masing2..kamu perlu bijak mengatur strategi .. trend mana yg harus kamu ikut..tarik trendline dgn penuh kasih sayang ... lepaskan market pergi dgn lembut .. berlatih berulang2 kali supaya dia serasi dgn perasaan kamu...jgn bazirkan peluru..fikir dulu sama`ada hendak guna peluru pistol 5mm atau guna peluru roket atau peledak bom atau hanya guna lastik peluru batu...



market eu ni high risk utk trade..sebab dia dlm zone free way.. yoyo kuat... so kamu dinasihatkan cari pair yg setup dia cantik..
klu hendak bermain juga aku nasihatkan guna hanya lot kecil2an..walaupun begitu kamu bolih ikut terus setup monthly dimana sedang up trend..


Saturday 8 February 2014

Fundamental vs Technical by myfx313

Bismillah... terdapat dua analisis forex yg bolih diguna pakai..dan kedua2nya saling berkait rapat..
ok dlm analisis teknikal .. bila terdapat dua persimpangan samaada buy atau sell.. kita seharusnya mengambil sikap berkecuali atau dlm bahasa mudah duduk tepi dulu..<----- ini aku cakap dlm analisis teknikal teknik trendline....

pada hari jumaat lepas 7 feb.. ada satu news usd iaitu nfp.. <--- apa kebenda nfp nim.. nfp iaitu non-farm employment change... ok news ini effect kpd currency usd.. jika kamu bermain dgn GU contohnya.. apabila nilai nfp lebih besar dari yg dijangka ini menunjukkan currency usd menguat berbanding gbp..nilai nfp yg lebih besar mengambarkan banyak org bekerja atau kata lain kurang pengangguran..klu sesebuah negara itu kurang penganggur ini menggambarkan ekonomi dia bagus...bagi chart Gbp vs Usd .. bila currency usd kuat maka graft akan turun...dan sebaliknya...tapi daripada data news nfp jumaat lepas.. actual lebih kecil dari yg dijangka maka menggambarkan ekonomi us teruk .. maka usd melemah dan kesannya graft GU menaik keatas...dari data2 nfp ini maka bagi anlisis teknikal tentunya akan buy terus kerana itulah yg ditunggu comfirmation arah market...bagi trader fundamental sudah semestinya buy juga..ok kesan effect news ini biasanya akan berlanjutan sehingga lah ada news lain yg seterusnya...

ok bagi chart GU kamu baca penerangan aku ni baik2.. bagi tf weekly trendline sudah tp 100 maka market berjlan menuju retrace 50 iaitu di tempat breakout...dlm perjalanan ke retrace 50 dia sudah langgar trendline daily down.. sepatutnya dia akn lanjut terus ke tp 100 daily down pula..tapi trendline monthly sudah break uptrend  dan sedang dlm perjalanan ke tp100 monthly pula..maka konfius sama ada utk terus down atau up terus..maka disinilah pentingnya news yg jadi pencetus market..




ok sekarang kita sudah tahu arah market...adakah dia akan retest low abg???? ya mungkin..kalau pun kamu sudah tahu arah market utk long run.. kamu kena pantau juga di H4 dan H1...selagi MM kamu jaga insyAllah tak mc.. belajarlah dgn tekun dan sabar.. jgn jadi mat depo selamanya...teknik trendline ini teknik lama tapi still evergreen.. still valid...back to basic..jgn bazir masa dgn banyak teknik... ilmu Allah adalah percuma..harganya adalah usaha dgn tekun , sabar dan syukur..

Sombong by myfx313

Bismillah.... Sombong atau angkuh dalam bahasa moden ialah ego. ertinya ialah membesarkan diri kerana merasakan diri mempunyai kelebihan dan keistimewaan sehingga lupa kepada Allah dan menderhakainya..ini merupakan sifat yg paling keji bahkan sifat bathin yg paling jahat..dosa dan kesalahan pertama oleh makhluk Allah adalah sombong..iblis enggan sujud kpd nabi Adam sewaktu Allah memerintahkan kerana lantaran merasakan diri lebih utama dan lebih mulia dari nabi Adam..kejadian dari api sedangkan adam dari tanah..itu saja penyebab dia rasa dirinya lebih hebat dan istimewa..

Jelasnya dari sifat ego ini akan lahirlah penyakit batin yg lain seperti pemarah , pendendam dan hasad dengki..dari situ lahirlah buahnya..seperti kasar , keras , mengangkat-angkat diri , menghina orang , menganaiya , penindasan ,diskriminasi , penzaliman ....sebab itu sombong sangat dimurkai oleh Allah..

Kesan dari sombong ini tercetus kerosakan dlm masyrakat seperti hilang kasih sayang , pecah perpaduan , saling berdendam , hina-menghina , kata-mengata , dan jatuh-menjatuhkan ..sombong ini mesti dikikis buangkan..

Sifat sombong hanya layak bagi Allah .. ia pakaian Tuhan maka makhluk tidak berhak memakainya..

Maksudnya " Janganlah kamu berjalan dengan menyombongkan diri kerana kamu sesekali tidak dapat menembusi bumi dan ketinggian kamu tidak akan dapat melepasi gunung " ( AL Israk : 37 )

Maksudnya " Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong " ( An Nahl : 23 )

Maksudnya " Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan " ( Hadis Riwayat Muslim )

Tidak akan masuk syurga ???  ertinya ke neraka lah jawabnya..di dunia lagi orang tak suka dan tidak ada kedamaian jiwa ..di akhirat terjun ke neraka..

Kalau kamu seorg yg aktif ber facebook tentunya kamu tahu tentang kemelut trader2 forex tanahair.. aku adalah seorang trader so aku bertanggungjawab menegur apa yg patut..

Kalau dia seorg trader akan mudah emosional .. bila berlaku persimpangan  dua hala .. buy atau sell ..cepat sangat entry .. dan cepat sangat cut loss atau tp ... maka akan tersilap atau tersalah.. dan sering kali tersalah arah...

ok itu selingan..

kalau Allah kurniakan sesuatu ilmu pengetahuan sama ada ilmu dunia atau akhirat..sama ada pengetahuan dlm banyak bidang atau satu bidang .. ini jadi pendorong seorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai dari org lain..

Dia tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya..kesalahan orang lain di besar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiam2kan .. buat2 tak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah..kurang simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan2 dunia  ..dan sebagainya..mudah berdendam dgn orang lain terutama bila orang itu tersilap ...suka mengangkat2 diri dan menceritakan kelebihan diri...juga suka menzalimi orang dgn caj yang mahal2..

tanda org yg memiliki sifat sombong payah menerima pandangan org lain sekalipun hatinya merasakan pandangan org lain itu lebih baik darinya.. apatah lagi kalau pandangan itu datang dari orang yg lebih rendah umurnya , duitnya , ilmunya dan lain2 lagi..bila berlaku perbincangan dua hala cepat naik darah kalau ada org tersilap atau tersalah atau menegurnya.. dlm pergaulan dia suka kata2nya , ilmu nya diikuti dan didengari.. sebaliknya di pihaknya sendiri , susah utk mendengar cakap atau nasihat org lain serta tidak prihatin dgn cakap orang..apatah lagi utk mengikut cakap orang lain..

kesannya adalah orang benci kepadanya..fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada org yang bersikap sombong ini..hati yg benci-membenci tentulah tidak ada kasih-sayang..risikonya bangsa menjadi lemah , lumpuh..bagaimana hendak membangunkan tamadun ... ilmu forex`akan terkubur..newbie akan tetap newbie.. yg mc akan jadi mat depo..

Ambillah iktibar dari pengalaman hidup..cubalah renungkan..ingat azab Allah untuk orang yang sombong.. cuba bayangkan .. neraka yang panas apinya 70 kali ganda kekuatan api dunia dan didalamnya 70 ribu tahun perjalanan baru sampai kedasarnya..ingatlah neraka yang keseluruhannya api..diatasnya api , dibawahnya api ,di kiri api , di kanan api , di depan api , di belakang api .. bau busuk neraka itu tidak dapat digambarkan..kalau ditakdirkan bau itu tercium oleh penduduk dunia , akan matilah semua lantaran bau busuknya.

perkara diatas perlu difikir2kan, direnung2kan dan diulang2 pemikiran . Diingat2 selalu hingga tidak dilupa lagi..kesanya nanti akan timbul rasa malu dan takut utk bersifat ego dengan Tuhan dan dengan manusia ..Dengan cara ini moga2 dapat membantu menumpaskan sifat ego.. Harapan kita semoga Allah sentiasa memimpin kita agar menjadi hamba2nya yang soleh..

Tak ada chart ke abg?.. GU nak pergi mana pulak lepas nim abg?..
post ini tak ada chart.. hanya tulisan utk diri sendiri dan semua  .. kerana aku tak bolih tidur lena selagi tak tulis benda nim..sekian mohon ampun maaf dari hamba..






Saturday 1 February 2014

Sepatah dua kata utk GU by myfx313

Bismillah.... Aku ingin mengucapkan sepatah dua kata utk pair GU.. mudah2an tuan2 beroleh idea dan manfaat tentang perjalanan pair ini utk tahun 2014 ini.. 2014 baru bermula .. maka kita buat analisis tahunan...

OK bermula dari tf monthly...market sudah close break trendline..sepatutnya dia akan terus menuju tp100 nya lebih krg 1.76xx... akan tetapi cuba kamu lihat ada snr menghalang laluan..bila ada snr biasanya dia akan retrace dulu paling kurang hingga tempat breakout atau maksimum 50% hilo.. tengok dulu pic nim puas2.. aku mengandaikan kamu sudah faham dan pandai tentang teknik trendline ini..so tak perlu lah rasanya penerangan panjang lebar...cukup dgn ayat2 yg padat2 saja.. ok jika market turun lebih dari 50% hilo.. setup ini terbatal..klu menurut setup ini k tentunya kamu bolih masuk buy dgn sl di level 50%.. sanggupkan kamu...klu dikira risk reward ratio masih berbaloi lagi kerana tp lebih besar dari sl..ini setup monthly..weii.. terbirak dlm seluar kang!!..aku pun tak ikut setup ini utk entry..cuma ini adalah guide line hala tuju market sepanjang tahun ini... ok tugas kita sekarang utk pastikan samaada dia perlu retrace dulu atau tidak?? bagaimana???


Bagaimana??? kita  lihat pula setup weekly..nampaknya bagi weekly sudah tp 100.. ngam2 memang tak break snr monthly..dan kamu lihat candle weekly end january 2014 close diluar trendline down.. so fokus kita adalah retrace 50 bagi weekly iaitu ditempat break trendline weekly ini (TL biru).... perlu diingatkan lagi dlm menuju retrace 50 ada pula snr weekly( line biru ).. tapi jangan bimbang biasanya snr ini akan tembus juga.. walaubagaimana pun mungkin akan ada mantul seketika...so MM sila jaga.. jgn tamak haloba.. lot gajah pasti mc..biar lot ikan bilis tapi konsisten..
pasti berjaya akhirnya..tapi kamu jangan percaya juga snr weekly ini juga main peranan.. market bolih saja mantul di snr ini lalu terus naik keatas ikut setup monthly..so bagaimana utk pastikan market terus break dan sampai dgn selamat di retrace50??? Bagaimana???



Bagaimana?.. kita lihat pula setup daily...ok menurut setup ini snr weekly berada diatas trendline daily ..maka sudah pastinya dia akan akan mantul dulu...biasanya 50% hilo..andai retrace lebih 50%.. hati2 .. jika terus break high mungkin akan terus ke bulan ikut setup monthly.. ini aku cerita market retrace.. memang macam ini kejap naik kejap turun..sebab itu retracement ini komplex sikit..ok bagaimana utk pastikan market bolih break atau tidak snr ini atau trendline ini..???? bagaimana??



Bagaimana??? kita lihat pula setup H4.. ok setup H4 ini dlm teka- teki.. market sudah tp100 tl H4.. lalu retrace snr terdekat iaitu minor snr L1.. dia tidak retrace terus ke tempat break.. bagi aku ..retrace sikit saja ini walaupun di snr terdekat sudah memadai market ikut peraturan teknik trendline ini..dia masih dlm kefahaman teknik ini..so jgn bimbang kenapa dia tak pergi tempat break..mantul sikit sudah cukup utk kamu faham market..so target seterusnya adalah test trendline down daily ...terus break atau mantul dulu???? undang2 teknik trendline mewajibkan market mantul dulu walaupun sedikit..kamu bolih lihat nanti adakah market ikut peraturan ini???..jika mantul tentulah paling kurang snr terdekat juga iaitu snr minor L2..dan maksimum 50% hilo... ok sama ada snr L2 atau 50% hilo????....ok kamu lihat tadi retrace 50 tak sentuh pun .. maka mungkin market akan cuba test high..namun ini cuma retace dan tak mungkin hingga high-high.. step by step la kawan.. 50% dulu... tapi hati2 dgn trendline H4 up.. andai 50% mantul break .. pasti lebih tinggi lagi mantulnya...


tentunya kamu ingin bermain dgn price action H1... sebelum itu kamu kena tahu range harian dan masa yg sesuai utk main pair GU nim... masa iaitu dari 3pm hingga 12pm waktu malaysia <-- ini aku cakap utk market GU paling aktif...


Hmmmm.. kamu faham ke dop aku tulis kat atas nim..klu tak faham buat2lah faham..sejak akhir2 nim ramai trader2 forex bertelagah sesama sendiri.. ada yg kata teknik dia paling bagus..bercakap tak bertapis.. gerenti profit 100%..hati2 kamu bolih jatuh syirik dlm tak sedar..tak perlu ego.. tak perlu menunjuk2..tak perlu pujian..entahlah aku dah naik meluat dgn sikap sesetengah manusia nim..trader2 lama sebenarnya lebih senang jadi silent.. diam2 ubi..yg lantang bersuara itu biasanya org baru..usia bawah 40.. trader lama atas 40 biasanya lebih cool..cool2 tapi berisi dan stabil.. yg hot2 itu tapi hampeh..beliau belum cukup pengalaman hidup..biarkan saja.. nanti pengalaman akan mengajar dia..