Wednesday, 17 April 2013

Trader forex by myfx313

Bismillah... Sudah menjadi Sunnatullah.. sesuatu yg berharga adalah susah dicari dan dimiliki. Umpama mutiara , intan berlian dan emas sangatlah payah utk mendapatkannya.. manusia perlu berkorban nyawa menyelami lautan membelah bumi kerananya..
klu tidak begitu manusia terpaksa pula mengumpul duit bertahun2 lamanya utk membeli barang berharga itu. kadang2 manusia mati sebelum dapat memilikinya.. begitulah susahnya utk mendapatkan sesuatu yg berharga...

Tetapi sesuatu yg tidak berharga tidaklah susah utk mencarinya misalnya batu pasir dan tanah..dimana2 saja bolih dapat tanpa usaha ikhtiar yg berat dan susah.. kadang tidak mahu pun tapi dia yg ikut kita dgn melekat pada baju dan kasut kita..

Begitulah ibarat profit dan loss.. kita tahu profit tu nikmat.. so gadaikan nikmat2 yg ada utk mendapatkannya..jika tidak.. usah mimpi utk dapat..mungkin juga bolih disebut tidak mungkin utk merasai dan menikmati.

[1] Trader Ikutan

Istilah lain trader pak turut..
apa org lain kata dia ikut.. tidak ada prinsip yg kukuh. tidak ada alasan yg kuat kenapa dia sell/buy..kalau ditanya kenapa sell.. dia hanya menjawab.."saya dengar org sell saya pun sell"..
dia tidak ada hujah utk membuktikan keyakinan dia tu..
siapa agaknya trader ikutan ini.. biasanya newbie..kita mungkin mengagak org yg tidak sekolah.. bukan begitu! yg sebenarnya majoriti trader baru adalah newbie..kita tanyalah mereka.. mereka menjawab dlm bentuk senyuman...kerana mereka sebenarnya tak tahu.. sifat trader begini ibarat daun pisang kering yg mengikut arah angin.. klu angin keutara ke utara lah dia.. ke selatan ..selatanlah dia.. klu musim joget lambak.. joget lambaklah dia.. klu org profit.. profit lah dia.. klu org loss .. mc lah dia..
maknanya tidak boleh diiktiraf sebagai trader.. klu tidak berminat menuntut ilmu dgn sungguh2.. maka kekallah dia mc selamanya..

[2] Trader berilmu

Jika newbie bersunguh mempelajari ilmu ttg hal2 forex yg asas maka jadilah dia trader yg berilmu.. had paling minimum yg patut dipelajari bagi trader golongan ini ialah tahu sifat2 dan bentuk2 candle, chart pattern..dan konsep SnR..
org yg ada ilmu ini keyakinan dia berasas dan pegangan dia kukuh berdasarkan ilmu.. mereka tidak mudah goyang dgn khabar2 angin dari nyamuk2 yg memberi idea yg meragukan..mereka tidak akan menerima idea itu jika tidak selari dgn ilmu yg dipelajarinya..
segala entry dia .. diyakini dlm bentuk ilmu pengetahuan..dia telah merasa nikmatnya pip hijau namun sering kali pip merah..beroleh pip hijau kadang kala beratus pip.. tapi dlm tak sedar pip merah lebih banyak dari hijau..Apakah mereka tidak sedar?....Mereka sedar.. dlm sedar mereka mc..kerana itu mereka selalu tersadai dlm kelemahan diri sendiri..kekuatan ilmu pengetahuan tidak mampu melawan hasutan nafsu..hasilnya mereka sering gagal..mc akhirnya..

[3] Trader semi-pro

Trader berilmu kemudian rajin menambah ilmu lalu mencuba2 teknik2 baru dgn faham dan khusuk dan tekun mempraktikkan ilmu yg dia tahu.. dia bukan setakat tahu malah kenal betul dgn forex maka dia sering profit.. ilmu dia dah faham...dia sedar kenapa dia profit dan kenapa dia loss..sikap berhati2 dlm setiap entry dan sering menggunakan stop loss sbg langkah keselamatan..
tidaklah setiap masa profit..ada juga waktu2 terlalai..mengakibatkan loss..tapi setiap kali berlaku demikian.. mereka sangat menyesal..bertaubat dan bersungguh2 tak mahu lagi ulang kesilapan tadi..mereka pada peringkat ini tidak tersentuh dgn mc lagi.. klu ada pun loss terlalu sedikit.. cuma kadang kala lambat sikit kerana bila terjadinya loss ambil masa nak cover balik lantaran margin yg makin mengecil..
bila ilmu sudah diFAHAMI dan diHAYATI.. maka tergolonglah kamu digolongan ini..keyakinan dia kuat benar2 menjadi benteng dari khabar2 angin.. yg bersedia menyelamatkan margin dari mc...hasil dari ilmu yg difahami dan dihayati...tapi sebelum ilmu difahami dan dihayati.. jangan mimpi.. justeru utk berjaya forex pelajarilah dulu ilmu forex.. lalu difahami dan dihayati..

[4] Trader pro

Akan dicapai sesudah menjadi trader berilmu dan semi-pro utk sekian waktu masa...dlm istilah lain inilah trader forex sebenar..trader pro.. boleh enrty secara spontan dgn hanya berpandukan chart kosong..setiap kali memandang chart dia tahu bila masa bolih sell atau buy..ingatan dia itu bukan dibuat2 atau dipaksa2 atau difikir2 dahulu.. tapi automatik rasa nak buy dia buy.. rasa nak sell dia sell..malah hebat semuanya betul..
dia tak terpesona langsung dgn pip hijau..dia anggap forex sebagai aktiviti masa lapang kerana terlalu sibuk menguruskan hal2 perniagaan yg lain..atau aktiviti2 lain..
pendek kata segala entry dia betul..ujian2 berupa floting2 yg biasanya tidak tertanggung oleh trader lain.. tidak terjejas pun  bagi dia..bukan kerana margin besar tapi kerana entry sentiasa betul.. margin besar pun tak guna klu entry salah .. habis juga..kerana itu bagi org2 ini forex hanyalah alat permainan yg menipu daya..faktor terpenting dia berjaya kerana telah mengharungi kesemua ketiga2 tahap golongan trader diatas..

[5] Trader senior-pro

inilah peringkat tertinggi yg boleh dicapai bg seorg trader.. duit bukan jadi masalah besar.. forex dlm genggaman dia.. merekalah golongan super-scale..

ok lah kamu ingat tak lagi ada dua chart yg aku post kat blog ni dulu.. ok aku preview dua chart yg tersebut..




ok yg ini pulak chart hari ini... kamu lihat selari tak seperti nota2 blog aku yg lepas2 tentang teknik trendline.. lihatlah sendiri..




Friday, 5 April 2013

Empat Syarat by myfx313

Bismillah... Bijak pandai ada menulis..utk berjaya forex kita mesti kenal forex... apabila seseorang itu tak kenal forex.. setiap entry nya akan sentiasa loss..

Ibarat org nak ke Singapore tapi langkahnya ke Bangkok .. bagaimana mahu sampai?....kita kena kenal sungguh2 jalannya.. barulah senang..

Begitu juga forex kita akan profit klu kita kenal sungguh2..
Bila kenal maka segala post nya akan beroleh profit hijau..

Cara mengenal forex adalah melalui sifatnya.. setiap pair ada sifat2 tertentu..bagi EU inilah sifatnya..

Kerana itulah mengenal forex dan sifat2 pair adalah penting supaya entry kita tak sia2.. bolih jadi kita nanti akan ditipu oleh syaitan sahaja..

Utk mengesahkah yg kita kenal mesti menempuh 4 syarat..

1] Percaya pada analisis
2] Yakin pada analisis tanpa syak dan ragu
3] Selari dgn sebenarnya
4] Mesti ada bukti

Kalaupun kita percaya dan yakin market akan naik contohnya.. tapi market semakin turun... ini sudah tidak selari dgn sebenarnya..
Yakin dan percaya kita itu mesti disokong oleh bukti..
barulah sah kita mengenal forex..

Bukti ttg sifat2 pair mestilah berdasarkan ilmu bersumberkan data2 yg telah lepas..

Bukti bolih juga secara ringkas.. contohnya berpandukan timeframe besar kita follow.. atau secara detail.. dan terperinci.. ikut tf kecil..
namun secara ringkas itu wajib..

ok..




Tuesday, 2 April 2013

Trend berakhir atau ??? by myfx313

Bismillah.... Assalamualaikum kpd semua peminat2 dan pembaca blog aku... kamu semua tentu berminat dgn teknik trendlinekan?
Sebab apa aku suka teknik ini.. sebab kita dapat gambaran analisis hampir tepat setiap pergerkan market...

walaupun teknik ni bagus ... perlu bagi kamu lakukan MM juga.. kerana teknik bagus pun klu MM fail.. fail jugak..

MM yg aku syorkan adah 5% dari margin.. contoh margin 10 dular.. max kamu main 1pip 5 seng.. itu sudah cukup.. 5seng dari 10 dular = 5%.. betul dop.. kira2 ini.. aku matematik fail.. lagi kurang lagi bagus.. tak pedihkan mata..

satu lagi jgn tamak.. klu analisis kata market sampai sini.. so target sampai sini saja... close.. bulih jadi nanti pip hijau jadi merah... jaga2...

emosi kena stabil.. klu kamu lihat dan renung chart lama2... tension jadinya.. keburukannya.. syaitan akan hasut kamu supaya tambah post lagi.. kamu jadi emosi.. pada hal dah betul dah mula tadi... bila post bertambah maka risiko bertambah.. tak sempat nak TP nanti terus MC..

kebaikkannya kamu dapat belajar bagaimana market berjoget..
Disamping kita trading syariat yg asas jangan tinggal iaitu solat..
kita hanya berusaha dan berikhtiar kerana itu perintah Allah.. namun kejayaan adalah ketentuan Allah..

walau berusaha gigih sekali pun klu Allah tak izinkan berjaya .. gagal juga...
Ingat Allah berkuasa atas segala sesuatu.. Allah maha mengetahui  secara detail seluruhnya.. Allah tahu market nak pegi mana pegi mana ..kita kena yakin  tak bolih syak dan ragu.. keyakinan itu wajib..
nak berjaya usaha dan ikhtiar itu mesti dilakukan kerana itu peraturan Allah tetapkan..berjaya atau tidak hanya Allah saja yg memberi bekas..

ok sapa yg nak dan suka indi trendline auto yg aku guna pm aku kat fb..

lihat screen shot dibawah .. sekian..





Saturday, 16 March 2013

Pentingnya pengalaman dan kemahiran by myfx313

Bismillah... Allahuakbar.
Dah berkapuk blog aku nim.. lama tak usik
ramai tanya aku kenapa eu pelik sangat akhir2 ini.. lintang pukang... haha..
aku jawab.. maka itulah berharganya sebuah pengalaman.. dari pengalaman akan datangnya kemahiran.. dari kemahiran akan menajamkan akal.. pantas bertindak dan berfikir...
belajar forex bukan satu dua hari.. bertahun2 utk mahir..
forex adalah sebahagian dari ciptaan tuhan.. maka dia akan patuh hukum tuhan..forex tak menipu tapi kita yg selalu kena tipu..

forex adalah dlm ruang lingkup perdagangan jual beli.. ia adalah aktiviti ekonomi..satu kegiatan perniagaan tak dapat dipisah dari ekonomi..

melaksanakan forex juga mengusahakan ekonomi dan perniagaan.
berforex melaksanakan sebahagian besar syariat tuhan..
contoh dlm forex ada sabar..sabar dlm menekan rasa gelojoh dan marah.. sabar itukan diperintah oleh syariat.. jika org yang ada cita2 islam dia akan berfikir jauh lagi... keuntungan hasil perniagaan akan dibangunkan fardu kifayah yg mana disana lebih banyak syariat tuhan dapat dilaksanakan..khidmat kpd tuhan melalui ibadah manakala khidmat kpd manusia sebahagian besar melalui ekonomi..

oklah aku malas nak bahas panjang..

seorg trader berjaya fokus pada satu2 pair.. agar tumpuan dapat 100%.. jika main banyak pair tumpuan jadi kurang...

meramal pergerakan market adalah menggunakan fibonacci dan juga trendline..

kena gabungkan kedua2 ini sekaligus.. kerana dia berkait rapat...

ok fibonacci sebenarnya begini..


manakala trendline adalah seperti berikut


ok itu dia asas dia.. maka bolehkah kita apply kedua2nya serentak dlm trading

mula2 lihat tf besar utk analisis keseluruhan.. aku mulakan dgn weekly..


kita lihat tf daily pulak guna fibo utk mencari jawapan kenapa tp2 100% payah sangat nim.. sana ada jawapannya.. mari kita scodeng...


ok telah terjawab kenapa eu turun dulu..jika turun sampai mana baru nak naik semula..ok kita buka balik weekly tengok sampai mana?


oppsss... nanti buka daily semula tengok setting tf daily dulu.. sabar jangan terburu2..


kompom ke market naik dulu nim... scodeng pulak H4 guna fibo pulak..


 naik sampai mana ni abg..ok klu ikut asas bagaimana ?


261.8% dia akan naik ya... kompom ke.. kita cari bukti kukuh.. lihat daily semula kali ini berdasar teori asas trendline..


ok sekarang dah nampakkan market nak gi mana.. namun utk lebih memantapkan lagi kita buka H1 dan H4 utk fine tunning...


kita bermain dgn H1 pula utk intraday trading..


ya.. begitulah cara aku analisis forex... sebab tu aku kata fokus satu2 pair dulu agar tumpuan 100%

ok good luck.. zzzz

Thursday, 14 February 2013

Trendline berguna juga by myfx313

Bismillah... bila jadi satu hal dimana market tak tahu nak gi mana atau satu keadaan buntu.. jem..
trendline adalah penyelesaian utk membuat keputusan...
bagi yang yakin dia akan menang.. namun yg main ikut2 aje mmg selalu kalah...
analisis market ini adalah berterusan... market sentiasa berubah2..
bagi yg intraday analisis adalah setiap hari...
jangan terlalu terikut2 dgn timeframe besar...
sentimen harian tak sama dgn sentimen bulanan...
so .. bertindak bijaklah dlm membuat keputusan..

lihat market eu hari ini.. sapa yg main eu hari ini dia akan faham apa aku maksudkan..




Monday, 11 February 2013

Mari cari Wave by myfx313

Bismillah... terima kasih pada saudara kita... kamal ibrahim yg telah jadikan tulis blog ini sbg Ebook.. aku rasa malu pulak .. tak reti rasanya.. aduss...
oklah hari ini aku nak kongsi bagaimana kita cari wave.. biasa org guna fibonacci aje utk ukur panjang wave.. tapi selalu keparit juga .. hehe..
pelik aje tajuk post ni abg??.. ya mmg pelik.. tujuan aku adalah utk mendapatkan entry yg bagus. dan kenalpasti wave..
syarat2nya.. cari high atau low semasa..
mcm mana abg?.. gunakan biji mata tengok chart ..tengok setakat mana yg kamu nampak.. jangan pulak tengok chart tahun lepas ..kamu buka mana2 tf  cari mana high mana low..
utk memudahkan tengok letak zigzag setting defaults utk std atau utk lebih cepat lagi 5,3,1 kamu akan nampak..

syarat kedua retrace 50% dari wave sebelum itu dikira wave 1
jika lebih 50% dan terlebih panjang dari wave sblm itu kira wave correction..

dah jumpa wave 1.. tunggu dia retrace dan stanby enter position.. klu buy.. buylah.. klu sell sell lah.. ikut je..
jika wave lebih panjang itu dikira wave correction maka tunggu dia retrace dan enter ... klik.. hehe..

senangkan.. jika 50% wave1 .. jika lebih wave correction..
so wave 1 atau correction ... itu saja pilihan...
aku mmg suka mudah2...
bila kita dah kenalpasti wave 1 maka mudahlah kerja kita
retrace 50% wave 1 enter.. target 1.618 atau 2.618.. selesai..

target tadi tu kira wave 3 dan retrace tadi wave 2..
kemuadian cari wave 4.. syarat retrace 50% wave 3.. jika lebih 50% itu bukan wave 4.. tapi correction wave 1-3 sama juga targetnya 50% panjang 1-3...

wave correction sini bermaksud retrace utk sepanjang wave mula hingga akhir..
hah.. kasi goreng sikit.. harap kamu paham.. penting nim..

ok wave 5 pula panjang dia 1.309 atau 1.618 fibo dari mula wave 1 hingga akhir wave 3.. selesai..

1,2,3,4,5 wave semua ikut fibonacci... wave 5 akhir trend... maka saat utk correction utk semua wave 1-5..
correction abc .. a correct utk 4.... dan c correct utk 2.. selesai keja..
penuh kantung guni dgn duit .. bolih withdraw ... time utk dating dan makan besar...

ini adalah teori elliot wave yg aku ringkaskan seringkas2nya..
klu kamu baca buku  dia goreng2 sampai 400 muka surat.. point cari sendiri..
aku malas baca novel begitu.. aku suka yg fakta.. point2 ringkas..

aku dah semak banyak market .. dan teori ini betul.. semua ikut fibonacci...
cabaran adalah kenalpasti wave 1.. itu saja..

satu lagi biasanya wave 4.. dan b  tricky perlu sangat berhati2.. bagi nubie..
tapi klu kamu dah biasa dgn wave ni... kamu tahu nak handle..
ok itu adalah wave dan target yg standard.. kadang wave 3 atau 5 ada extent.. itu kira bonus..
tapi aku tak berapa sukalah bonus ni.. sebab sering kali dia fast reverse..kamu tak sempat nak buat apa2 dia dah reverse.. andai kamu baru entry kat zon bonus tiba2 reverse.. hah.. hit SL lah apa lagi.. so jgn buat new entry kat zon bonus.. apa yg ada just trailing stop..

seperti biasa teori adalah mudah tapi dlm market sebenar kepala otak kena tajam kenalpasti wave dgn teliti..
klu kamu suka guna cara wave ini silakan..
ada banyak pilihan ...kaedah trendline pun sesuai.. hasil adalah sama..
terpulanglah pilih mana yg sesuai..
samaada elliot wave atau trendline.. ini adalah cara trader professional..
bila kamu dah biasa dan mahir dgn cara ini.. cukup bagi kamu chart kosong saja..
semuanya seolah2 terpeta dlm pikiran kamu secara maya..

ok mari kita tengok contoh market..







Friday, 8 February 2013

Wave Basic by myfx313

Bismillah....Bermula dari wave yg asas jadilah wave impulse dan correction..
trade di wave correction ni mmg paling mencabar... kamu buat profit di impulse waves,  kamu ingat kamu best dan bila di correction waves semua profit diambil balik..
wave  nim.. ada banyak jenis.. dari yg simple sampai yg komplex.. dan sangat komplex...
di kesempatan ini aku nak tunjukkan wave  yg simple atau basic.. sebab dari gabungan 2 atau 3 wave yg basis akan jadi wave yg komplex..

iaitu [1] zigzag [2] flat [3] irregular

dari yg asas ni dia boleh gabung jadi komplex
zigzag + flat atau zigzag + irregular dan sebagainya..
boleh juga 3 sekali bergabung jadi sangat komplex
dan ada yg sampai 4..pening2...

kenapa susah sangat ni abg? tak susah ahh... cuma perlu faham yg basis aje...
aku dah kasi ringkas nim.. cuma 3 saja perlu kamu tahu..susah ker?
klu baca buka org putih lagi ko pening...
diorg konar2 sana sini..
padahal mudah aje..
aku terus pegi point..
kamu suka tengok tf 5 min mmg la banyak noise...  bising tau..mcm cina main mercun..woiiii..

dari wave2 basis ini sebenarnya terbentuk wave... wave impulse pun terbentuk dari wave basis ini...
selalunya wave ikut fibonacci .. kamu lihat market tak tentu hala jalannya...
oh tidak.. market sebenarnya tersusun ikut fibonacci...ia tersusun dgn cantik dan indah... kerana ketetapan ini telah ditentukan sejak azali...

market forex ikut law ketentuannya... dia tak bolih sembarangan... tugas kita adalah cari susunan bentuk2 market ni
supaya jadi wave.. seperti corak bunga...cuma perlu guna mata melihat.. akal berfikir dan kefahaman ilmu...

semua contoh yg aku berikan adalah yg basis tanpa ada extent
haha kamu tengok tf kecik tentu ada extent..
jika market ada extern maka level  2.618 , 3.618 jadi target..
tapi abg 3.618% bukan no fibo.. kenapa abg pilih..??
3.618% tu sebenarnya 1 : 2.618 < --- ratio dia
mankala 2.618% tu adalah 1 : 1.618
dan 1.618% adalah 1 : 0.618
ini ratio fibonacci laaa... sebab apo kamu kata 3.618 tak masuk? hadoii.. ketinggalan la ko nim..
tak usah banyak tanya la.. ikut aje..
kamu cuma perlu ingat dan faham yg basis saja...
ya.. yg asas saja...<--- haha aku tahu yg asas ni pun kamu akan terkial2 nak apply dlm trade...
samalah macam asas trendline... mudah asasnya tapi ramai ke parit..
kenapa gitu abg?... kerana otak letak kat lutut... malas nak fikir le tu..











Retrace by myfx313

Bismillah.. minggu nim ramai yg terkena...dgn eu.. sebab apa?.. sebab hang bodo...
kamu ingat market jalan terus ke? weii..manusia hidup dlm dunia ni pun ada turun naik.. air pun ada pasang surut.. begitu juga market forex sentiasa turun naik... klu kamu jenis lurus bendul ikut aje .. susahlah sikit..
menurut analisis weekly market akan pegi area 1.4xxx bagi eu.. kamu pun buy aje le... mmg sengal la..
sebab itu aku kata bagi intraday tak payah la tengok weekly.. sekali tengok awal bulan dah cukup..
fokus H4 dgn H1  <----- dah berapa kali aku cakap...
tf daily hari ahad tengok.. isnin-jumaat fokus h4,h1..
minggu ni market retace.. so follow le retrace tu.. sell la pulak..
time buy kita buy.. time sell kita sell..
satu lagi.. trendline tu bila break tp 100%.. retrace dia adalah kat break out atau 50%..<--- inikan aku dah banyak kali cakap..
market minggu ni sebenarnya simple.. kamu aje yg tidak faham...









Sunday, 3 February 2013

Analisis kaedah fibonacci by myfx313

Bismillah... ok tadi aku dah terangkan analisis berdasar trendline.. maka kali ini aku nak terangkan analisis guna kaedah fibonacci pula.. kamu akan dapati hasilnya adalah sama...

golden ratio adalah 0.618 , 1.618 dan 2.618..<--- ini level2 penting fibo..
satu trend ada wave 1,2,3,4,5 manakala bagi correction ada a,b,c
tak kira lah trend atau correction level2 golden tu pasti tercapai..
cara tarik fibo adalah di wave terakhir satu2 trend..atau wave pertama sesuatu trend ..
terakhir atau yg pertama..<--- ini kita kaji nanti
jika wave itu besar maka jauh la perginya market berjalan.. so.. disitu kita dapat meramal pergerakan market lebih awal.. umpama nujum meramal hujan..
diantara kebesaran Tuhan ... sebelum terjadi sesuatu hal Tuhan akan beri tanda.. guruh dilangit petanda nak hujan.. tapi sekarang dah ada satelit bolih ramal hujan seminggu awal..
begitu juga ahli kaji bintang boleh meramal bila gerhana dgn tepat kerana terdapat ukuran2 tertentu yg tetap maka bolihlah meramal gerhana.. semua ukuran ini mmg Tuhan jadikan supaya kamu berfikir dan tanda kewujudan Tuhan.. ini soal iman...
Supaya kita yakin Tuhan tu satu..ALLAH...

seperti juga analisis trendline tadi cabaran adalah tarik trendline dgn betul...
cabaran analisis fibo pula tarik fibo dgn betul..
wave terakhir atau pertama..???
dimana wave terakhir.. dan dimana pertama???
wave.. wave...??<---- ini perlu study elliot wave pula..
so jika kamu dapat kenal pasti wave maka fibo kamu betul..
kadang2 bentuk wave ini ada trick juga... hati2 ya.. mantapkan ilmu..
gunakan mata kamu dan akal kamu.. tarik fibo insyallah betul..


Mari kita buat analisis by myfx313

Bismillah... hujung minggu time forex cuti.. adalah masa utk kita study dan buat analisis, planning utk trading minggu depan..
ada berbagai cara org buat analisis.. ramai guna fibo..<-- aku akui teknik ini tepat klu kamu tahu dan faham dan biasa guna kaedah fibonacci ini.. aku juga selalu guna kaedah ini..tapi aku dapati ada susah sikit nak agak panjang wave 5 sebab wave 5 nim ukuran dia open dia bolih stop kat mana2 level.. kat level 0.618 atau 100 atau 1.618 atau 2.618 atau 200 atau 300 atau 423.6<-- banyak level nim... kamu kena tunggu break dan kompomkan dulu.. bila nak entry... so.. kamu mungkin dah terlepas lori sikit..

so dlm kajian aku teknik trendline breakout adalah penyelesai masalah ini...
bila breakout satu trendline market akan pergi 100% ...<--- ini saja syaratnya..
namun hati2 dgn snr pada trendline itu.. biasa harga tak capai target 100% adalah kerana snr ini..

dalam membuat analisis timeframe yg bolih guna adalah daily dan weekly juga monthly..
tf besar ini memberi gambaran keseluruhan market..clear vision..
jika bermain di H1.. pilih 3 tf diatas iaitu daily..

satu lagi yg paling penting adalah trendline itu sendiri.. kamu kena tahu bagaimana nak tarik trendline ini...
jika kamu silap.. maka analisis kamu tentunya silap juga..
bagi aku membuat trendline ini satu hal yg kritikal..
pastikan kamu faham kaedah buat trendline ini..

utk memantapkan analisis kamu kefahaman ttg teori elliot wave juga diutamakan..
selain dari itu pengetahuan ttg fibonacci juga harus ditekankan..

aku dah try buat trendline secara auto.. namun aku dapati trendline yg dibuat tidak tepat..
so aku abaikan trendline auto ini..
Tuhan telah jadikan akal manusia dgn sempurna..maka gunakan akal anugerah Tuhan itu..dan juga sepasang mata utk melihat... lihat fikir dan buat keputusan.. ini yg terbaik..