Friday 15 August 2014

Terlajak TP by myfx313

Bismillah.... Tidak ada yang lebih mengembirakan hati seorang trader apabila tp beliau hit..namun berapa ramai yang hit tp ini?.. kenapa selalu ramainya yang hit sl..???  kamu tidak perlu untuk jadi full time trader (FTT) utk hit tp ini...hanya bekerja sambil2an ..

ada orang sanggup berhenti kerja semata2 utk menjadi FTT...bagi aku itu bukan satu keputusan yang bijak..trade forex adalah kerja sambilan untuk tambah sumber pendapatan...adakah yang menjadi FTT itu benar2 berjaya hingga mencapai tahap jutawan..dari survey .. aku dapati ...jawapannya tidak...

kamu masih bolih teruskan kerjaya kamu seperti biasa..contohnya kamu seorang penjual ikan di pasar tani.. sila teruskan kerja jual ikan itu..jangan  berhenti jual ikan semata2 utk trade forex..nanti aku pergi pasar tani sapa nak jual ikan kat aku...weii..wei.. tak kan aku asyik makan ayam saja..sebab aku suka ikan..kucing aku hari2 mintak ikan...




jangan ambil pusing komen2 negatif di fb atau dimana2 ... kamu kena tegas dengan keputusan kamu...yakin pada analisis sendiri..kerana semua itu akan menganggu emosi...biasanyalah  menjadi FTT dalam hati tu utk menjadi jutawan.. betul tak??... jangan tipu ahh...aku dah masak benar dengan attitude trader ni...kalau mahu jadi jutawan kamu kena lakukan fardu kifayah...

contoh macam jual ikan tadi...org lain jual ikan dia ambil untung sehinggit sekilo.. tapi kamu cukup hanya 50 seng sekilo... maka kamu akan jual pada harga lebih murah dari mereka...matlamat kamu adalah disamping keuntungan dunia .. juga target keuntungan akhirat yg berganda2..

menerusi amalan fardu kifayah tersebut  ..ada insan2 melarat susah kamu sedekahkan ikan kembong sekilo..kamu tak akan rugi dgn untung hanya 50sen itu dan juga bersedekah itu jah.. yakinlah rezeki hanya dari Allah... apabila balik rumah.. tengok chart sudah hit tp ..malah kamu sebenarnya adalah "jutawan"...jutawan fakir..

kepuasan dan kegembiraan terpancar di wajah kamu sebab [1] kamu dapat berkhidmat sesama manusia dgn menjual ikan  [2] dgnnya..kamu dapat bersedekah [3] dikira beribadah kerana menunaikan fardu kifayah <-- pahala sangat besar [4] dapat ganjaran dunia dgn hit tp...jika hit sl.. kamu masih lagi "untung" dan banyak lagi kelebihan2 yang tersirat...




tidak semestinya orang yang zuhud itu tidak memiliki dunia..atau mesti meninggalkan segala nikmat2 dunia..
bolih jadi nikmat2 dunia yang dimilikinya lebih banyak dari orang lain..atau dia mengendalikan dunia dgn banyaknya...
namun demikian dunia yang banyak itu..yang dimilikinya atau yang dikendalikannya itu tidak mempersonakannya..
sedikit pun tidak jatuh kehatinya..bahkan dunia itu ada atau tidak , sama saja baginya....<--- inilah insan yang bertaqwa..




tidak salah dizaman moden ini utk berhadapan dgn musuh .. kenalah kita menggunakan senjata canggih bukan lagi menggunakan keris..
ini adalah contoh menurut aturan semasa yang tidak menafikan zuhud..
menggunakan mesin basuh paling canggih demi menjimatkan masa .. tenaga dan lain2 lagi...kalau terlalu lama masa diambil utk membasuh sedangkan waktu itu lebih baik digunakan utk hal2 yang lebih perlu...



ada yang komen sinis kerana aku mengabungkan teknik forex dgn agama..<--- inilah masalahnya jika hanya tahu jadi tukang nilai saja...
kamu kena ingat segala teknik2 yg aku tulis disini hanya sikit saja aku turunkan..kamu hanya tahu tentang apa yang aku suratkan.. tapi yang tersirat ?? bagaimana.?

mereka seakan2 tidak tahu atau buat2 tak tahu ...islam berdiri atas tarbiah , akhlak , dakwah , jihad , ekonomi , kemasyrakatan , pentadbiran , perhubungan , kebudayaan , kenegaraan dan persoalan alam sejagat yang mana itu semua tuntutan fardu kifayah dan memperjuangkan islam bererti berusaha menegakkan semua itu...jika dipisahkan agama dgn kehidupan ertinya mereka memusuhi agama mereka sendiri...Bak kata P.Ramlee

 
P.Ramlee : Filem dan Lagu tidak memerlukan bahasa yg khusus. Seni adalah bahasa universal. Gua hasilkan seni dari gua untuk masyarakat dan dari masyarakat untuk gua. Ada nasihat ada sindiran dan teguran agar masyarakat boleh berfikir. Gua pun kutuk lu punya geng juga. ( Sambil ketawa ).

P.Ramlee : Alif itu Akal, Wau itu Ugama. Alif tendang Wau Sarkis. Bermakna Akal Tendang (Tolak) Agama maka manusia akan menjadi seperti binatang-binatang sarkis dan yang hidup tanpa agama ini hanya layak untuk haiwan sahaja. .................................................<---isi tempat kosong ni..utk ayat seterusnya..





ok..contoh bagi trader ikan tadi.. bagaimana mahu "entry dan biarkan tp" ..lalu keluar tampil ke tengah masyrakat untuk melaksanakan tuntutan fardu kifayah yang kebanyakkannya merupakan khidmat mereka sesama manusia..

aku sharekan satu teknik mudah bagi golongan seperti anda...
pertama kita perlukan satu trendline yang stabil tanpa banyak noise..iaitu h4 keatas..ada banyak cara trader mengolah trendline ini..aku tahu sebab aku menggunakan trendline...aku tidak menulis apa2  teknik yang aku tidak praktikkan...so jangan membuat apa2 spekulasi negatif.. tanyalah aku...jangan seperti burung bercakap tak tahu apa butir hujung pangkal..jangan menyempitkan ruang ilmu dan emosional..
disini cuma aku ingin meng share cara yang paling mudah...aku tidak mahu mengajar kamu dengan indikator..sebab itu aku tak layan lagi permintaan utk meminta indi itu..ia akan jadi fitnah.. akhirnya menyusahkan aku juga...

katakan kamu mahu dan suka utk mencari setup utk seminggu...maka tf pilihan anda adalah h4... jika kamu suka dan mahu mencari setup utk sebulan.. maka tf pilihan adalah D1 dan seterusnya....

mula2 lukis trendline ... cari dimana high minggu lepas kemudian cari pula next high.. lalu lukis upper trendline...
Dan cari pula low minggu lepas kemudian cari pula next low.. lalu lukis lower trendline... ok siap



kalau tiada breakout pada minggu ini.. so bagaimana mahu trade?..
kita bolih tengok setup minggu sebelum ini..maka kita buat setup tersebut lagi..



so.. setup minggu sebelum ada breakout...kemudian kamu setkan fibo kamu seperti ini..iaitu bahagikan level fibo 25% setiap satu dan levelkan... anggapkan saja setiap level itu adalah support dan resistance...maka kamu akan nampak how it works...dan ia sesuai utk semua pair...buatlah study jah..kalau tak nampak juga..cuba check hubungan sel2 otak itu berhubung ke dop...



maka satu hari nanti jangan terkejut kalau kamu lihat ada peniaga ikan di pasar tani membawa ikan berniaga dengan menggunakan van vellfire...dan orang mengangkut sawit dikebun guna van alphard...


1 comment:

  1. kemungkinan minggu ni ada breakout dan rezeki akan masuk syukran syukran

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.