Thursday 7 August 2014

Keabadian Tenaga by myfx313

Bismillah.... azan subuh sayup2 berkumandang...ayuh.. wahai bangsaku bangkitlah dari tidur lena yang panjang...bangsa2 lain sudah lama berjaga...mereka sudah jauh melangkah..tapi kamu masih tidur lagi?...weii.. bangunlah pergi gosok gigi dan mandi...kenakan pakaian baru kamu yang sudah lama berkurun tersimpan...kain kapan tu..lipatkan kemas2.. simpan balik ditempat tidur kamu tadi.. pakai minyak wangi supaya segar ....zaman ini sudah tiba masanya kamu bangkit...mari kita mengatur langkah berjuang ...bawa sekali duit berguni2 khazanah kamu itu..inilah masanya utk membelanjakannya kejalan Allah sebelum tiba masanya tiada lagi berguna emas dan perak...



"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di  jalan Allah , (bahawa mereka itu) mati ; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup , tetapi kamu tidak menyedarinya" - Surah al-Baqarah ayat 154..



Hukum Termodinamik Pertama menyatakan tenaga tidak bolih dicipta atau dimusnahkan ... tetapi bolih berubah bentuk ke bentuk yang lain..contohnya.. tenaga haba ---> tenaga elektrik ---> tenaga kinetik ---> dan lagi dan lagi....tak habis2 jah.. hingga lah hari kiamat..<--- ini hukum alam...begitu juga dengan manusia..ada permulaan tapi tiada akhiran..dah mampus pun masih hidup lagi... hidup di alam barzah tu... ingat dah kojol tu kira settle ke?...oh tidak..jika Allah izinkan kamu bolih zahir kembali ke dunia tapi dalam dimensi yang berbeza..



Market forex berada di alam maya..<-- ini pun satu alam juga..alam 2 dimensi.. sebab dia hanya ada paksi x dan y..iaitu paksi masa dan harga..bila masa bergerak maka harga pun berubah..so apa pentingnya masa dengan harga ini?..kita boleh meramal harga dan masa ...



ok.. seperti semua sedia maklum apabila breakout trendline.. market akan berlanjutan hingga tp 100..so berapa lama masa diambil utk tp100 ini..??? jika untuk target kamu guna fibo utk ukur jarak yang sama ...untuk masa pula?? tentulah kita gunakan fibo time..ok selesai penjelasan aku secara ringkas..



Bila kita dah tahu masa dijangka bila akan harga mencapai tp.. so kita tak perlulah kalut2 jah...setkan semuanya.. lalu tutup pc .. apabila tiba masa tarikh yang dijangka..hanya on balik chart dan tuai hasilnya....



Rasanya dulu aku ada cakap apa.. kalau nak trade selamat mesti (1)..joint dalam group atau (2) silent / lone ranger..kenapa??
dalam group ada sorang sifu / master..kalau cakap pasal sifu.. dia mestilah banyak pengalaman jatuh bangun..dialah yang pernah dan banyak merasa perit dan susahnya sewaktu mula2 nak bangun dulu...kamu hanya tumpang signal dia.. kamu dengan senang beroleh profit tanpa susah payah..tanpa buang  masa dan tenaga.. tanpa berasap otak ..dan sebagainya...maka tidak heranlah sifu akan kenakan sikit bayaran utk kamu dapatkan signal dia...ada aku tengok group2 rahsia ini yang berjalan secara underground.. silent..hebat2 belaka..kalau sifu yang hebat..insyaAllah ..dan aku tengok banyak folower yg ikut betul berjaya...tahniah.. persoalannya.. bagaimana kalau sifu itu dah arwah..follower tentunya lintang pukang..tak ada panduan..so nasihat aku yang duduk dalam group tu sedutlah sebanyak mungkin ilmu sifu tu...jangan main polo2 aje..



kebaikan duduk dalam group(trade berjemaah) sambil dipantau seorang sifu dan juga keduanya menjadi silent lone ranger (trade sendirian) adalah kamu bergerak secara underground atau rahsia.. apa2 teknik atau tools atau indikator yang digunakan adalah hanya ahli group dan kamu saja sendiri tahu...malah ss chart pun tidak ditunjuk secara umum contohnya tayang kat wall fb..2 kumpulan ini trade secara tertutup....dan kebanyakkannya mereka berjaya..kenapa??? ok sekali kamu heboh satu dunia tunjuk ss konon2 profit juta2...katakan aku seorang lanun. ada banyak duit..aku akan lawan posting kamu berlawanan arah..atau aku tahu dimana sl kamu .. aku akan cari sl kamu dulu.. it is real..


Sementara menunggu padi masak tanamlah jagung dulu..<--- perumpamaan ini hanya valid bagi swing trader..sementara menunggu  swing hit tp.. kita scalping dulu..ramai keliru scalping itu bagaimana.. contohnya kamu swing buy.. maka scalping kamu mestilah sell...<--- ini adalah cara yang betul dan sebaliknya.. kamu hanya open close sell saja..manakala posting buy tetap hold..



maka posting aku kali ini just santai2..nikmatilah video ini..


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.