Bismillah.... Tidak mengapa jika untung sedikit , asalkan tidak mc ... kerana jika sedikit... engkau hanya tidak dapat berjalan2.. tapi klu mc engkau akan hilang kebahagiaan..
ini adalah kiasan utk para trader.. kamu analisis market jauh targetnya.. ohh.. itu tf weekly bhai..
sifat market yg mustahil adalah bergerak seperti garis lurus..
wajib bagi market gerak bengkang-bengkok..
kenapa gitu abg?.. hentah .. tanya aku buat apa.. sebab mmg sifat dia begitu..sifat wajib atau mustahil atau apa2 bg forex bukanlah seperti syariat agama ...kena faham molek..
namun kajian para trader lama membuktikan dia bergerak dlm 5 ombak/wave utama bagi trend.. manakala correction/retrace dlm 3 wave utama..
dlm menuju target dia jalan seperti ular tapi akhirnya sampai juga matlamat dituju..
Kadang2 trader tersilap juga dlm mengenal status wave semasa..jika kamu expert dlm kiraan wave.. haha.. aku dah lebih dulu dari kamu.. sebab itu aku tinggalkan teori itu.. sebab kadang2 mengelirukan..
Biarkan berapa banyak wave yg market ingin buat sebab itu mmg kerja dia.. jgn terpedaya dgn pin bar/ jarum sebab sering kamu terpedaya.. yg dikatakan syurga itu neraka.. manakala yg dikatakan neraka itu syurga.. ini adalah muslihat dajal.. tanpa pegangan iman kukuh kamu akan ditipu daya..
Kekuatan market adalah trend..maka carilah trend.. ikut trend nescaya kamu tak sesat..bagaimana cari trend?.. mestilah guna trendline..jika guna H1 maka ikutlah trend H4.. jika H4 pula maka cari lah trend di D1.. jika D1 di weekly lah trend dia..
Namun para trader akan mencari kekuatan trend di semua TF..andai selari semua TF trend yg sama.. market akan bergerak luar biasa lajunya..
Misalannya begini jika trend weekly adalah up.. manakala D1 down.. segera kita faham bahawa yg D1 tu adalah retrace saja..bagi weekly mahupun daily tidak mungkin bagi trader kecil2an.. sebab sangat berat dan terseksa jika floting..pilihlah TF yg sesuai dgn emosi dan margin kamu..namun bagi analisis semua tf mesti dikenal pasti trend dia..
cara kenal pasti trend adalah dgn berakhirnya trend sebelum.. maka bermulalah trend yg baru..dimana dia bermula? tentulah di TP100% trend sebelum..
Adakah pasti itu trend baru?.. atau hanya retrace saja..
Dgn melihat level 50 .. disitu petunjuk diketahui..
Setakat ini petunjuk ini adalah benar dan tak berubah..itulah rahsia di sebalik rahsia..
Ada sekumpulan pelajar di Amerika bersama pensyarahnya melakukan kajian ttg ini.. dan mereka dapati ia benar..lalu di cipta software utk trading cara itu.. ramai yg guna dan berjaya.. mereka yg guna tak tahu pun hakikat sebenar kenapa market begitu.. cuma di berikan signal buy/sell.. itu saja.. namun kaedah trading dan sempadan trading sebenar tak tahu..walaupun begitu trader yg berdisiplin berjaya juga akhirnya.. kerana ikut syarat2 sistem trading mereka..tahniah..
Disini inilah rahsianya ...tp100% dan retrace level 50.. yg diberi nama teknik trendline..diulang suara.. trendline adalah ibarat tali kereta cable.. pernah naik cable car?.. kamu masuk dlm tutup pintu.. kereta jln pelan2 ikut rel..sampai hujung rel ..cangkuk atas dia tu akan tersangkut di atas cable yg bergerak lalu membawa kereta naik keatas gunung.. ditengah2 gunung ada satu stesen lagi disini samaada turun semula atau naik lagi hingga ke puncak gunung.. pergi lah Langkawi.. try naik cable car..duduk saja2 dlm kereta sambil kecut telur di tengah2 gunung.. sambil2 tu berfikirlah sejenak kaitan alam dgn kehidupan.. Diatas gunung lihatlah pemandangan cantik betapa Allah jadikan semua ini tidak sia2..
Teori adalah mudah namun realitinya rumit..kena betul2 fokus baru dapat.. InsyaAllah ada jalannya...
Yg paling senang adalah pair eu.. bagi pair2 yg lain contohnya GU ada sedikit trick ttg kaedah trendline ini..ok sesiapa yg ingin dapatkan indi trendline boleh pm aku difb atau email aku.. supaya senang utk kamu faham bila aku melangkah di bab seterusnya..
Dah abis ke abg?.. belum lagi moi.. pelan2lah.. ada masa aku tulis la..aku pun nak rehat2 juga.. kita study santai2 je..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteslm tuan pohon indi yang dimaksudkan. Kali pertama temui blog yang informatif dan penuh isi untuk newbie seperti saya. Salam perkenalan. Wan. mel: sebelumcahaya2012@gmail.com.
ReplyDeleteemail aku kat atas tuh. atau sebelah kucing tu .. at gmail.com
DeleteSaya bminat jga tuan..nie email sya..muhammadrozai868686@gmail.com
ReplyDelete