Bismillah... Emosi mesti dipimpin agar ia menjadi baik.
kerana memimpin emosi adalah wajib bagi trader forex. Bila ia baik dan stabil , akan cantiklah seluruh trading kita... memimpin atau mengawal emosi mesti...
[1] ada ilmu ttg emosi. tujuannya utk mengenal dan mengesan..
[2] perlu latihan2 praktikal
antara sifat2 emosi buruk para trader forex yg perlu dijinakkan adalah sifat tamak, takut dan ego.. apabila emosi jahat ini dibiar mengusai hati kamu.. yakin dan percaya pada analisis tak ada tempat dihati kamu... tak guna belajar mcm2 teknik.. kamu tidak akan berjaya ikut peraturan dan sukar jadi trader berdisiplin.. kamu sering tertipu..
[Sifat tamak]
Rasa tamak sangat keji. kamu tak akan berjaya forex jika sifat ini menguasai kamu..kamu belajar hal2 money management(MM)..kamu google.. kamu tahu dan kamu faham.. tapi kerana sifat tamak ini.. broker tawar laverage 1:1000 kamu ambil.. malah 1:3000 pun kamu sapu.. sebab apa mc ?.. hendak untung sekarung ..rugi seguni..
kamu lihat analisis sepatutnya ruang kosong ada 20pip lagi tapi kamu letak tp 100pip..beri betis nak peha..sambil menunggu hit SL atau MC..haha
Modal kamu 100 dular masuk entry 1lot std.. tak agak2..ukurlah baju dibadan sendiri..
Kamu analisis trend sedang bull.. tapi kamu sell juga dgn harapan scalping aje.. keparit juga .. degil.. pergi kutip tin la buat top-up..
Katakanlah kamu sedar bahawa pada diri kamu ada sifat tamak.. Allah pun tak suka sifat tamak ini..kamu berazam utk mengikis sifat terkutuk itu.
Lawan bagi tamak adalah tidak tamak..
kamu dah tahu hal2 MM kamu nak praktikkan dgn penuh disiplin..
jangan hiraukan laverage yg besar .. cukuplah sekadar maksimum 1:100.. bila leverage sikit kamu tidak akan berjaya utk entry lot yg besar .. sebab not enough money.. haha...kebaikannya kamu selamat dari overtrade..
analasislah ikut timeframe yg sesuai dgn kamu.. andai analisis di tf H1 tak usah target sampai 500pip..
Juga pilihlah pair yg sesuai dgn MM kamu.. jika main set2 yen skrg ni.. contohnya..kamu silap masuk letak SL 500pip pun kena..inikan pula Sl ciput 25pip.. mmg akan hit saja.. setiap kali entry hit SL 25pip.. TP tak pernah kena.. akhirnya mc juga..
Cuba latih diri supaya jangan tamak.. org tamak selalu rugi..
Klu degil sangat.. kena paksa.. kamulah yg harus paksa diri kamu sendiri.. sebab sifat itu ada dlm diri. sebati dgn darah daging..
antara latihan yg boleh dibuat.. setiap kali kamu close dgn profit.. keluarkan segera profit tu.. jgn biarkan acc kamu membesar. dan selepas tu trade mcm biasa..hinggalah kamu tak terpesona lagi dan hati kamu rasa sama saja walau kamu close pip hijau setiap kali..
Jika kamu biarkan profit itu tanpa keluarkan.. acc kamu akan membesar sedangkan hati dan emosi kamu belum bersedia.. kamu akan kelabu mata..ibarat membina rumah besar diatas lumpur.. lagi besar rumah lagi cepatlah runtuh.. kerana asas tidak kukuh..
[Sifat Takut]
Rasa takut yang menguasai hati dan emosi ada berbagai bentuk..
Takut untuk entry sebab klu buy market turun, sell aje naik, takut rugi sedikit dgn harapan beroleh profit juga nanti..,
takut entry dgn lot yg sesuai..
Kamu lihat ada satu candle panjang close di support.. kamu rasa was2 sama ada utk follow atau masuk post yg berlawanan.. kamu cuma tunggu dan lihat.. tiba2 kona lipat ..sudah selalu hal ini terjadi.. 3 bulan lepas tu tak jumpa lagi harga itu.. kamu terlepas peluang berharga..bila kamu sedar sudah agak terlewat.. dapatlah profit sikit.. kamu sangat takut utk ambil risiko.. takut utk korbankan SL yg sedikit demi mendapatkan profit yg besar.. padahal kamu sedar trend berakhir disitu berdasarkan analisis teknikal yang jitu..takut utk korbankan ikan kecil utk mendapat ikan besar.. cuba kamu kuatkan hati , pejamkamkan mata, pekakkan telinga , lepaskan satu post disitu kemudian tawakal sambil berdoa.. jalan kemenangan terbentang luas..dari analisis berakhir disitu kenapa kamu enggak percaya.. bukti kukuh berdasarkan ilmu dan serta hujah..kamu tidak yakin sebab perasaan takut menguasai diri..
sebenarnya apa yang ditakuti itu.. baik jin..atau harimau.. cubalah renung dan fikirkan..maka beruntunglah org yg meyakini ilmu bersungguh2. Trader_Pro sanggup berkorban utk rugi yg sedikit demi untung yg besar..
Olehitu berusahalah membuang sifat takut dan jadilah berani..
memang pada permulaannya rasa gementar , kecut telur , gigil lutut bila nampak candle besar yg laju..tapi lama kelamaan rasa takut akan hilang bila kamu sudah terbiasa dgn sifat2 market forex.. ibarat bas tergesa2 pulang ke setesen hanya kerana tersedar baby kecil taukey ada dlm bas.
[Rasa Ego]
Sifat ego(sombong) wajib segera dikikis kerana ia akan menutup segala jalan2 menuju kemenangan..hampir semua org ada sifat ego dan sombong ini. sifat ini susah nak buang tapi kamu boleh kurangkan.. inilah sifat buruk terakhir keluar dari sifat2 tersebut diatas..kita mesti cuba merendah diri .. dgn memaksa hati utk merasakan dan mengakui kelemahan dan kekurangan kita sbg manusia biasa..
Dalam perselisihan pendapat mengenai analisis .. cuba rasakan kesilapan itu di pihak kita..atau paling tidak akuilah bahawa kita juga turut tersalah analisis.. terlepas pandang..
klu kita berani mengakui kesilapan akan mampulah kita membetulkannya dan meminta maaf..
Kita boleh sombong juga klu kita banyak duit.. kita kira.. kita boleh trading ikut cara kita suka..tanpa mengikut syarat2 dan disiplin serta tertib trading..ilmu yg kita ada hanya sekadar lebih kurang ala kadar..tunggulah saat mc menjelma.. kamu akan jatuh miskin..disaat itu barulah kita sedar akan kepentingan ilmu..kamu mula belajar semua dari awal ibarat budak sekolah tadika belajar ABC..baru cuba utk mengenal sifat2 market..dan bagaimana menulis huruf A...
Boleh sombong juga jika bernasib baik entry kamu menghasilkan profit berganda.. kamu seronok .. dicanang dimana2 .. dipost di wall2 fb.. yg sebenarnya pura2 .. cuma utk promosi..kitalah wira. menyinggung perasaan kawan yg trading cara lama.ibarat meletak periuk diatas pelamin.. "jangan kamu jual ilmu dgn harga yg sedikit" jika sistem kamu berjaya buat apa jual.. kasi free aje.. niat sedekah sudahlah..kamu dgn senang beroleh profit dgn sistem kamu.. sepatutnya kamu tidak perlu lagi mempromosi dan mengharap rezeki dari org lain..hanya kamu cari kasih sayang dari Allah.. hakikat bahawa kamu bergantung pada Allah tidak pada makhluk..sistem kamu berjaya kerana izin Allah.. mengenal Allah dgn yakin,merasa Allah hebat,rasa takut,gerun,sentiasa diawasi,merasa hina,redha,sabar,syukur ,tawakal,berharap,ingat,rindu,cinta,dan ingin bertemu....
Latihan yg berkesan adalah dgn trading guna modal yg paling sikit.. jika mc.. jgn di top-up dgn wang gaji atau minta pada org lain ... cari dan kutiplah tin2 kosong atau botol2 atau surat khabar lama utk dijual dijadikan modal top-up.. jika habis juga.. gadaikan atau korbankan harta yg membazir.. contoh klu kita ada 2 biji keta..sedangkan yg nak pandu hanya kita seorg.. jual 1 biji utk dijadikan modal top-up.. cubalah rasa sedikit kesusahan... merendah diri akan kelemahan sendiri.. rasakan bagaimana susahnya org miskin..waktu mengutip tin..waktu itu jiwa ego kita akan kesal..terhina dan terseksa sekali kerana kita merasakan org lain semua mengejak dan merendah2kan kita..Biarkan.. bisikan dlm hati "memang aku ini asalnya miskin dan hina"...berasal dari tanah.. datang ke dunia dulu tanpa seurat benang dan duit sesen.. janganlah kita berjalan dimuka bumi dgn sombong kerana kekayaan..
Sekiranya engkau menang profit katakanlah kemenangan ini kepunyaan Allah..sekiranya engkau mc katakanlah moga2 ujian ini buat aku sedar dan menghapuskan sifat ego...kalaulah sistem ini kamu benar ketahuilah " ia bukan milik kamu .. ia datang dari Allah.".kalau sistem kamu terasa kurang.. moga2 andalah org yg menyempurnakannya..
Sembang2 petang.. hari ini tak ada gambar chart.. lain kali aje..bye jumpa lagi....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.