Saturday 8 February 2014

Sombong by myfx313

Bismillah.... Sombong atau angkuh dalam bahasa moden ialah ego. ertinya ialah membesarkan diri kerana merasakan diri mempunyai kelebihan dan keistimewaan sehingga lupa kepada Allah dan menderhakainya..ini merupakan sifat yg paling keji bahkan sifat bathin yg paling jahat..dosa dan kesalahan pertama oleh makhluk Allah adalah sombong..iblis enggan sujud kpd nabi Adam sewaktu Allah memerintahkan kerana lantaran merasakan diri lebih utama dan lebih mulia dari nabi Adam..kejadian dari api sedangkan adam dari tanah..itu saja penyebab dia rasa dirinya lebih hebat dan istimewa..

Jelasnya dari sifat ego ini akan lahirlah penyakit batin yg lain seperti pemarah , pendendam dan hasad dengki..dari situ lahirlah buahnya..seperti kasar , keras , mengangkat-angkat diri , menghina orang , menganaiya , penindasan ,diskriminasi , penzaliman ....sebab itu sombong sangat dimurkai oleh Allah..

Kesan dari sombong ini tercetus kerosakan dlm masyrakat seperti hilang kasih sayang , pecah perpaduan , saling berdendam , hina-menghina , kata-mengata , dan jatuh-menjatuhkan ..sombong ini mesti dikikis buangkan..

Sifat sombong hanya layak bagi Allah .. ia pakaian Tuhan maka makhluk tidak berhak memakainya..

Maksudnya " Janganlah kamu berjalan dengan menyombongkan diri kerana kamu sesekali tidak dapat menembusi bumi dan ketinggian kamu tidak akan dapat melepasi gunung " ( AL Israk : 37 )

Maksudnya " Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong " ( An Nahl : 23 )

Maksudnya " Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan " ( Hadis Riwayat Muslim )

Tidak akan masuk syurga ???  ertinya ke neraka lah jawabnya..di dunia lagi orang tak suka dan tidak ada kedamaian jiwa ..di akhirat terjun ke neraka..

Kalau kamu seorg yg aktif ber facebook tentunya kamu tahu tentang kemelut trader2 forex tanahair.. aku adalah seorang trader so aku bertanggungjawab menegur apa yg patut..

Kalau dia seorg trader akan mudah emosional .. bila berlaku persimpangan  dua hala .. buy atau sell ..cepat sangat entry .. dan cepat sangat cut loss atau tp ... maka akan tersilap atau tersalah.. dan sering kali tersalah arah...

ok itu selingan..

kalau Allah kurniakan sesuatu ilmu pengetahuan sama ada ilmu dunia atau akhirat..sama ada pengetahuan dlm banyak bidang atau satu bidang .. ini jadi pendorong seorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai dari org lain..

Dia tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya..kesalahan orang lain di besar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiam2kan .. buat2 tak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah..kurang simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan2 dunia  ..dan sebagainya..mudah berdendam dgn orang lain terutama bila orang itu tersilap ...suka mengangkat2 diri dan menceritakan kelebihan diri...juga suka menzalimi orang dgn caj yang mahal2..

tanda org yg memiliki sifat sombong payah menerima pandangan org lain sekalipun hatinya merasakan pandangan org lain itu lebih baik darinya.. apatah lagi kalau pandangan itu datang dari orang yg lebih rendah umurnya , duitnya , ilmunya dan lain2 lagi..bila berlaku perbincangan dua hala cepat naik darah kalau ada org tersilap atau tersalah atau menegurnya.. dlm pergaulan dia suka kata2nya , ilmu nya diikuti dan didengari.. sebaliknya di pihaknya sendiri , susah utk mendengar cakap atau nasihat org lain serta tidak prihatin dgn cakap orang..apatah lagi utk mengikut cakap orang lain..

kesannya adalah orang benci kepadanya..fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada org yang bersikap sombong ini..hati yg benci-membenci tentulah tidak ada kasih-sayang..risikonya bangsa menjadi lemah , lumpuh..bagaimana hendak membangunkan tamadun ... ilmu forex`akan terkubur..newbie akan tetap newbie.. yg mc akan jadi mat depo..

Ambillah iktibar dari pengalaman hidup..cubalah renungkan..ingat azab Allah untuk orang yang sombong.. cuba bayangkan .. neraka yang panas apinya 70 kali ganda kekuatan api dunia dan didalamnya 70 ribu tahun perjalanan baru sampai kedasarnya..ingatlah neraka yang keseluruhannya api..diatasnya api , dibawahnya api ,di kiri api , di kanan api , di depan api , di belakang api .. bau busuk neraka itu tidak dapat digambarkan..kalau ditakdirkan bau itu tercium oleh penduduk dunia , akan matilah semua lantaran bau busuknya.

perkara diatas perlu difikir2kan, direnung2kan dan diulang2 pemikiran . Diingat2 selalu hingga tidak dilupa lagi..kesanya nanti akan timbul rasa malu dan takut utk bersifat ego dengan Tuhan dan dengan manusia ..Dengan cara ini moga2 dapat membantu menumpaskan sifat ego.. Harapan kita semoga Allah sentiasa memimpin kita agar menjadi hamba2nya yang soleh..

Tak ada chart ke abg?.. GU nak pergi mana pulak lepas nim abg?..
post ini tak ada chart.. hanya tulisan utk diri sendiri dan semua  .. kerana aku tak bolih tidur lena selagi tak tulis benda nim..sekian mohon ampun maaf dari hamba..






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.