Thursday 16 May 2013

Teknik KV33T by my fx313

Bismillah... KV33T (Kaedah Volume 33 dan Trendline) adalah satu teknik yg aku buat sendiri khas utk aku apply di tf H1.. aku adalah pengarang asal kaedah ini...sesiapa yg claim ini dia punya .. buktikan!..
Bermula dari kajian ekor candle Daily.. volume yg aku susun berdasar nombor2 fibonacci sequence atau fibonacco prime number..iaitu 0,0,2,3,5,8,13,21,34,55,89,144,233,377,610,987....
tetapi utk sistem ini aku pilih 33,55,70,89,144,233 utk daily movement.. volume2 ini aku susun bermula dari harga open of the day..
Pada mula2 dulu aku buat dan kira volume2 ini secara manual setiap hari.. dgn membuat horizantal line bagi setiap volume tersebut.. tetapi bila aku dah reti sikit2 ttg mengcoding indi aku buatkan dia jadi satu indi..belum ada lagi org pakai indi ini..  hanya aku seorg dlm dunia ini.. sesiapa yg kata ini indi dia .. buktikan!
Mula2 dulu indi ini agak kuno.. tetapi dari hari ke sehari aku update supaya sedap mata aku memandang dan releven utk daily trading..
Aku tambah pula dgn trading session.. masa yg aku pilih jam 8am,3pm dan 11pm waktu malaysia..kenapa waktu ini.. kerana aku melihat waktu ini best utk membuat keputusan..dan boleh nampak kemungkinan arah market utk hari itu..
Dan akhir sekali trendline bertindak sebagai filter utk menentukan arah market..dahulunya aku tarik trendline secara manual.. trendline yg aku buat adalah H4,D1 dan W1..kerana aku merasakan di tf tersebut trendline dia agak stabil berbanding trendline di tf kecil..setelah penat melukis trendline aku terfikir utk buat indi supaya jadi automatik.. ada indi dari pengarang rusia aku modified code dia supaya fit dgn sistem aku .. segala2nya jadi mudah dgn bantuan indi..
Volume 33 adalah volume sideway manakala volume 70 adalah average dan volume 89 adalah golden.. volume 120 dan 144 adalah bonus.. volume 233 adalah jarang-jarang atau kadang-kadang...
Setiap hari market akan buat patern ABC atau ABCD.. ini sesuai dgn teori elliot wave.. iaitu sehari biasa ada 3 wave atau 4 wave.. manakala pergerakan 1 wave adalah kadang2.. dan no wave atau sideway ada seminggu atau 2 minggu sekali tengok keadaan..ini wave semak kepala otak..
Dari open hingga jam 8am akan jadi satu wave.. dari 8am - 2pm satu wave , 3pm-11pm satu wave dan akhir sekali 11pm-5am satu wave..ini contoh pergerakan 4 wave ABCD..namun masa2 itu flexsible.. bolih jadi wave2 ini bergabung jadi 3 wave atau 1 wave sahaja .. itu kita tengok volume setiap wave dan trendline sbg penentu arah.. jika satu wave breakout trendline  ini beri signal 2 wave bergabung.. atau mungkin terjadi hanya 1 wave yg panjang..
Dahulunya aku buat di eu .. tapi sebenarnya semua pair major bolih masuk dgn sistem ini.. bagi cross pair juga sesuai tapi volume dia kena adjust..kerana cross pair ini bergerak ikut dua major pair.. andai dua2 major dia bergerak dlm arah yg sama.. cross dia akan bergerak luarbiasa dlm arah yg sama.. dan andai satu major up, manakala satu lagi down.. cross tak kemana2.. ini menunjukkan cross ikut major.. pergerakan major lebih stabil berbanding cross..bagi newbie fokus di major.. yg senior bolih fokus cross kerana pergerakan cepat.. cepat kaya, cepat juga mc..

Jangan tamak utk bermain banyak pair kerana kamu akan hilang tumpuan..satu skrin monitor bolih muat sedap memandang 3 window chart .. itu pun tak puas tengok.. bagi aku 2 chart dah  ok dah.. sedang2 elok.. tak besar dan tak kecil.. andai kamu letak 8 window chart dlm satu monitor .. payah nak tengok.. semua jadi kecil..

Ada trader2 ikut bank yg mangatakan kapal lanun..ya aku bersetuju dlm market mmg ada penyamun atau lanun yg menghuru-harakan gerakan market..gerakan volume dia agak besar bagi satu candle tapi lepas tu kona lipat.. biasa lanun tak ambil banyak.. hanya 33 pip solid kemudian akan balik semula harga asal..manakala jika bank akan ambil 100pip solid..disitu kamu tahu mana lanun mana bank trading.. dlm sehari masa trading lanun berada di wave retrace manakala bank berada di wave trend..filter yg digunakan adalah trendline.. bank akan ikut arah yg betul mankala lanun sebaliknya.. lanun adalah penyamun yg merompak dan mencari sl trader..juga menghuru-harakan keadaan supaya trader keliru.. maka pastikan dulu trend ..dan jika kamu meletak sl pastikan lebih dari 33 pip seelok2nya 55 pip..dari open candle lanun..aku tidak berniat utk membincangkan sistem bank.. tapi itulah hakikat sebenar..

ok kembali kpd kv33t..pertama pastikan dulu trend.. kedua bermain dgn wave dlm trading session tersebut.. ketiga fokus 33,55,70 dan 89 volume..dari day open..
dlm bab trendline aku tak habis lagi menghuraikan .. so sabar ya..





5 comments:

  1. Teknik tuan ada Power... peratus keberkesanan lebih tinggi jika ikut trend.. cuma mohon tuan share berkenaan tools dan ulasan trendline yg lebih kerap pulak.. Apapun, sangat berterima kasih diatas perkongsian ilmu tuan..smoga akan lebih beroleh kebarkatan dan rezeki yang melimpah ruah...

    hjdinj@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Dah seminggu saya baca blog ni, mula2 tengok macam poyo jer. hehehe. Lama2 minat plak. Tolong emailkan templat dan indi2 ke email mamamuslimah03@gmail.com

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..mintak tolong emailkan indi dan cara cara menggunakanya di email ini ..terima kasih ejaxlayer@gmail.com

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.... tuan myfx 313...
    mintak tolong emailkan indi dan cara cara menggunakanya di email ini .. katigo45@gmail.com......saya mahu belajar....
    terima kasih......

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.