Bismillah.....Topik ini agak panjang dan mungkin akan ada bersiri2..aku cuba sedaya upaya menghuraikan konsep dan falsafah ini menurut pandangan aku dengan sehabis baik agar kita lebih bersikap terbuka...namun bagaimana cara penyampaian aku mencapai matlamat.. aku tak tahu..aku akui itu adalah atas kelemahan aku sebagai penyampai...rahsia terhebat trading market adalah tidak ada rahsia pun.. hanya belajar , bekerja dgn rajin...kejayaan sebenar adalah skill yang hanya dapat dgn belajar dan latihan..berhenti berfikir pasal trading jika kamu tak mahu belajar kerana kononnya ada EA/robot atau indicator bagus.., you still need to study them. jangan berfikir dengan deposit beberapa usd .. dan beberapa tahun lepas itu bolih jadi jutawan dgn live account sebelum bolih profit dgn demo account..penggunaan indi membuatkan analisis trade forex lebih cepat , senang dan lebih banyak peluang beroleh profit..tapi sebelum guna indi.. ilmu dan kefahaman kena mantap..jangan guna indi selagi kamu masih lagi tunggang-langgang dan keadaan emosi tidak aman..aku bukanlah manusia kejam yang mahu menghukum newbie.. akan tetapi aku adalah jejaka tanah melayu legend yang penyayang.. mintalah indi yg kamu suka secara baik di email..aku beri percuma tapi dgn syarat studylah dulu ilmunya dan jangan menyalahkan org lain jika kamu tak bolih faham... jika tak bolih sangat ...mungkin kepala otak dah beku..simpan saja indi itu dulu.. mungkin dimasa depan apabila kamu dah pandai dan faham akan cari dan guna juga indi itu..oppp .. bukan sekarang ya nak minta.. tunggu aku habis menulis post2 tajuk berkenaan yg bersiri2 ini.... kalau minta sekarang mmg aku tak layan phuii...wekk
ok tenangkan fikiran dan baca pelan2 supaya kamu dapat menghayatinya.. tergesa2 dalam sesuatu perkara mmg payah nak dapat...kajian tentang wave trendline ini tidaklah sama dgn teori wave elliot wave...jangan kamu keliru kawanku.. kaedah mengira dan mengenal pasti wave berbeza walaupun kadang2 hampir sama secara kebetulan..mungkin bolih aku namakan "myfx313 trendline wave"... ahaha..perasan bagus la kau ni myfx313..ala saja je jah nak glamor sikit... oklah namakan saja dia trendline wave..senang cerita..
Ada 4 wave utama menurut kaedah ini untuk melengkapkan satu cycle dan tambahan satu lagi wave menjadi 5 wave kesemua jika ada extend..maksud complete satu cycle itu adalah trend dan retrace dia berlaku sekali sempurna.. inilah yg dinamakan satu cycle..bila ada trend.. mesti juga ada retrace.. barulah balance..market tidak bolih tergantung2..market real bukanlah mudah kerana dia penuh dengan tipu helah sebab itu fokus itu penting . kalau lah begitu mudah tentunya ramai trader yang kaya raya..tapi hakikatnya ramai yang papa kedana.."manusia Tuhan jadikan dgn sebaik2 kejadian"... dan kamu juga pernah mendengar .. "tidak ada manusia yang sempurna"...pertama Tuhan jadikan dgn baik.. kedua tidak ada yang sempurna.. begitu juga bentuk market forex dalam bentuk sempurna ada juga tidak sempurna..emm.. pening palo ahh pikir..dia ok tapi tak ok..dan dia tak ok tapi ok...inilah yg dikatakan market forex.. susah utk diramal tapi bolih diramal..dan bolih diramal tapi susah diramal...<--- aduss.. tension lah..tulis ayat ini..ini mengambarkan bukan mudah..
Aku cuba cari2 di mt4.. kot2 ada chart yang bolih aku tunjuk sikit utk tujuan penerangan .. aku nak cari yang hampir2 sempurna dulu..ok aku dapat di uj.. kita guna chart uj ni sebagai rujukan dan aku cuba kupas berkenaan wave trendline ini berdasar chart tersebut..huraian kali ini adalah asas sahaja.. mungkin utk huraian lebih advance di posting yang lain..
kamu lihat dulu pada trendline A warna magenta tu..wave 1 adalah puncak dimana trendline tersebut dilukis..labelkan sebagai wave 1..ok kita fokus trendline A dulu...biarkan trendline disitu..jangan usik2...wave 2 adalah wave yg bertentangan arah dgn wave 1 tersebut..labelkan wave 2..perlu diingatkan wave 1 adalah permulaan wave dan bersifat tetap.. dia adalah asas panduan utk kita mengira wave seterusnya..kalau kamu start melabel tentunya wave 1 tak ada entry.. dia adalah wave rujukan..manakala wave 2 arah bertentangan dgn wave 1 .. dan di wave 2 ini pun tiada entry .. juga sebagai rujukan jika kamu baru start melabel.. akan tetapi jika kamu dah pun melabel wave2 trendline sebelumnya tentunya kamu sedang menghold position saat itu..ok faham maksud aku...katakan kamu baru start melabel...wave 1 dan wave 2 adalah rujukan dia..so dimana mahu entry???... ya saat yang kamu tunggu2 adalah wave 3...utk trade yg berpotensi ..ok untuk trade diwave 3 ini.. jika kamu mahu profit.. kamu mesti ambil risiko.. kamu tidak tahu dimana penghujung wave 2 .. ada berbagai cara utk menentukan ending wave 2 ni.. antaranya dgn melihat timeframe yang lebih kecil utk mengenal pasti ending dia..bolih jadi market akan terus saja melepasi permulaan wave 1.. so ambil langkah berjaga2.. pastikan stop loss letak di permulaan wave 1 ... buat lah MM yang sesuai dan pastikan margin cukup ... jangan pula sebelum hit sl sudah mc.. sebab itu entry berlapis aku tak galakkan.. tabiat ini akan menyebabkan MM yang kamu plan baik pada mulanya jadi hancusss....ok itu strategi pertama utk entry dgn harapan kamu beroleh profit di sepanjang wave 3 nanti..strategi kedua adalah dgn melihat breakout trendline tersebut...bila terjadinya breakout kamu entry dengan sl di permulaan wave 2 pula..seperti biasa dinasihatkan jangan berlapis.. bimbang market retest.. lalu MM musnah ..acc lebur..hold saja disepanjang wave 3 .. selagi tidak kena sl .. insyaAllah akan mencapai hit target TP...apa yang penting.. pertama jangan emosi .. biarkan saja market berjoget2.. kedua jangan overconfidence.. lalu membuat kek lapis.. biarkan saja entry itu hingga akhirnya wave 3 itu..jika ini kamu amalkan insyaAllah kamu akan sentiasa menang...
Berapa panjang wave 3 itu kamu kena ukur iaitu sama jarak dari breakout dgn harga mula..atau tp100 <--- rujuk post aku yg lepas2 utk menentukan tp100 ini..perlu diingatkan bahawa terlebih atau terkurang sedikit dari ukuran sebenar itu biasa berlaku..jangan jadi bangang sangat dan beku kepala otak..maaf ya.. dengar sini baik.. aku menyampaikan ilmu maka seharusnya aku meletakkan diri aku ketika ini sebagai guru.. jika diluar kita sebagai kawan..manakala kamu mesti meletakkan diri sebagai murid.. baru lah betul adab belajar..ilmu yg disampaikan akan terus kehati..maka tidak timbul perasaan kecil hati atau dendam jika guru marah atau terkasar bahasa..kerana ini adab belajar..kadang2 perkataan yg sikit kasar itu lebih terkesan dihati..guru yg tegas biasanya yg terbaik sebab dia prihatin terhadap murid..wave 3 ini mudah sebenarnya kerana dia sehala...ending wave 3 juga senang dikenal pasti biasanya di tp100..so bagi aku tidak ada banyak masalah dgn wave 3 ini.. sebab itu wave 3 inilah yang selalu ditunggu2 oleh para trader....
Habis wave 3 maka market perlu retace.. yang ini aku namakan wave 4...wave 4 banyak songeh..aku pun menyampah dgn wave 4 ini... dari chart diatas kamu tengok cantik je.. wave 4 dia.. ya lah aku dah pilih yang mudah supaya senang buat kupasan disini..ok secara asasnya wave 4 adalah dari ending tp100 wave 3 pada arah berlawanan hingga ketempat breakout trendline tadi.. memulakan entry di wave 4 mudah iaitu habis wave 3 tp100 .. kamu entry arah berlawanan...namun utk mendapatkan tp dia sangat mencabar menganggu emosi.. tapi basic dia target adalah tempat breakout semula...jika kamu baru terjaga dari tidur dan dapati market berada diwave 4.. sila sambung balik tido..ahaha..kenapa aku kata begitu...???
Sekarang kamu lihat pula trendline B warna kuning...wave 3 trendline A adalah juga wave 1 trendline B.. maka disini bolihlah aku katakan wave 4 (TL A) bertembung dengan wave 2 (TL B)...kamu bolih saja melihat wave ini sebagai wave 4 atau bolih saja beranggapan sebagai wave 2 yg baru pula...jika kamu beranggapan dia adalah wave 4 maka kamu akan buy hingga tempat break... sebaliknya jika kamu beranggap dia adalah wave 2 maka kamu akan sell utk wave 3 yang kamu harapkan.. buyer dan seller bertembung..contoh chart diatas itu mudah.. nanti aku kasi tunjuk chart utk wave 4#2 yg membosankan ini.. sebab itu aku suruh kamu sambung tido..walaupun begitu kesempurnaan market mesti mengkompletekan retrace hingga tempat breakout.. itulah falsafah sempurna dalam ketidak sempurnaan...
Proses yang sama akan berulang trader menunggu wave 3 utk trendline B kuning dan dlm masa yang sama wave 5 utk trendline A magenta..strategi utk entry diwave ini juga adalah sama seperti kamu bermain di wave 2..dimana utk sl dan dimana utk tp tentu nya kamu sudah tahu bukan .. iaitu sama seperti trade utk entry wave 3 diatas.. wave 5 ini tp juga dalah sama iaitu tp100..
ok apabila market mencapat tp100 untuk wave 5 TL A magenta maka selesailah sudah tugas trendline tersebut..dan sekarang perlu kamu fokus pada TL B kuning pula..bila komplete wave 3 market perlu buat wave 4 hingga tempat breakout..biasanya wave 4 yang ini mudah tanpa perlu ada gangguan pertembungan sebab 5 wave sudah terbentuk menjadikan satu trend yg panjang...yeyy.. bolih senang hati...opppp... TL A magenta retracenya mana??? 50% hilo keseluruhan .... hahaha..berasap la kepala ko labuuu...
aku yang menulis ni pun terasa penat .. kamu hayati dulu chart dibawah...dan chart itu akan aku guna utk posting berikutnya.. kasi aku rehat kejap .. kita sambung posting ini no 2
iya...
assalamu'alaikum wr wb pak azmi...saya mau tanya pak??dari ss diatas yang namanya wave 3 breakout trendline ya pak??
ReplyDeletesalam bos..sy cuba memahami apa yg tuan ajar walau faham skit2 aje...blum trade pn lg..br ku tau susahnya mau cr duit dlm fx trading...akan ku usahakan jua klau benar ade rezeki ku di cni..(dgn mngambil kira ramai org terlingkup dlm trading ini)
ReplyDeleteJawapanya wave 5. Wave akan terbalik, wave 4 sebagai wave 1, wave 5 sebagai wave 2 plk. Tak begitu wahai tuan guru.
ReplyDelete