Friday, 17 May 2013

Teknik Fibonacci by myfx313

Bismillah... Teknik fibonacci adalah satu teknik yg sangat lama.. ini adalah sistem yg sangat stabil.. ini adalah sistem semulajadi alam.. susunan  bunga2.. pokok2 kayu, haiwan, kulit siput malah susunan jasad manusia juga dari sistem fibonacci..bangunan yg dibina ikut sistem ini sangat stabil.. begitu juga kereta.. kedudukan enjin ditengah2 kenderaan dgn ratio fibonacci memberikan handling yg sangat stabil berbanding enjin di depan atau belakang..begitu juga sistem suspension yg menurut ratio fibonacci adalah yg terbaik.. kuasa enjin berbanding berat body yg ikut fibonacci adalah yg terbaik..kereta tak underpower atau terlebih power..kereta jenis apakah itu?... cuba cari nanti beritahu saya..
Sesiapa pun tidak bolih claim ini sistem dia.. kerana ini adalah sistem Tuhan..
Adalah baik jika mengambil sistem ini dlm trading forex..
Teknik2 yg manusia cipta punyai banyak kelemahan.. namun sistem fibonacci adalah kesempurnaan..kelemahan adalah pada diri manusia itu sendiri... namun sistem Tuhan adalah sempurna..
Ratio fibonacci adalah 1.618
Kita tidak tahu bagaimana susunan ini dibina tetapi 1.618 adalah rationya.. jika kita ingin mengkaji lebih mendalam bagaimana.. botak kepala.. kerana kemampuan akal manusia terbatas.. kita akui kelemahan.. kita terima saja 1.618 itu..
dlm trading kita tak usah bebankan otak..gunakan saja 1.618 itu sebagai tp.. dlm realitynya adalah rumit kerana di mt4 terdapat 8 timeframe.. semua tf ini harus seimbang dan fit dgn ratio 1.618..
mmg sakit kepala utk balancekan semua tf.. kita ambil jalan mudah.. fokus hanya satu tf.. dan bertrading ikut fibo 1.618..
jika market bergerak lebih dari dijangka biarkan kerana mungkin dia bergerak utk tf yg lebih besar dlm mencari ratio 1.618 nya..
jgn kelabu mata.. biar tp sikit2.. asalkan konsistence..
sikit2 lama jadi bukit.. amalan yg sedikit dan berterusan itu lebih baik dari amalan yg banyak tapi sekali sekala.. ilmu sedikit diamal berterusan akan jadi karamah..ilmu yg bersifat karamah saja yg mampu menyelamatkan pemiliknya..
Kamu lihat susunan bunga.. komplex tapi hebat.. bagaimana seni dan hebat ciptaan Tuhan.. cuba cari fibonacci ratio dia.. kamu tentu teruja kerana antara kelopak yg besar dgn yg kecil dan yg lagi kecil berkait2 dgn ratio fibonacci.. begitu juga market forex yg tf besar dgn yg kecil dan yg lagi kecil lagi malah 8 tf di hubungkan dgn ratio fibonacci..kamu mahu kongker semua  pergerakan turun naik.. tak mampu kawan.. akal kita terbatas..
labih2 lagi utk kaut semua pair.. mmg tamaklah kamu.. amalkan trading cara berhemah.. ambil 1.618 utk 1 tf saja.. satu hari untung 20 pip syukur.. belajarlah bersyukur.. 20pip kali 10usd=200 usd.. tak cukup ke utk makan sehari malah 20usd pun sudah memadai..2 usd pun tak apa syukur.. dari kamu mc..
Dalam trading forex kadang2 kita kena berhati kering.. kita tahu fibo 1.618 adalah matlamatnya.. walau apa pun market pusing dia tetap cari 1.618..oleh itu MM sangat diperlukan..yakin bahawa ratio 1.618 tetap akan tercapai..selagi 1.618 tak hit.. market belum sempurna..mampukah kamu berhati kering begini.. lihat pada margin kamu.. andai kamu ikut tf weekly mampukah kamu tahan floting beratus pip sebelum sampai 1.618.. atau sabarkah kamu menunggu 1.618.. tahankah emosi kamu.. hati kering.. kering juga.. tanya diri sendiri mampukah hadapai cabaran..forex ini adalah dunia.. dunia yg sering menipu daya.. fatamorgana..kesenangan yg bersifat sementara..akhirat juga tempat yg kekal abadi selamanya..kehidupan dunia adalah cuba2.. akhirat adalah real..persoalannnya bagaimana..secara tepat dan detail aku tak mampu...lihat saja pada long run.. kamu follow..
utk menghasilkan 20pip saja tf m30 pun dah cukup hit 1.618.. dapat 20pip syukur.. tutup pc..buat kerja lain.. esok cari lagi..
org berniaga pasar tani dari jam 7pagi hingga 11 pagi sahaja..ya 4 jam sehari berkerja.. tapi hasilnya makan seminggu.. jadilah trader yg smart bukan yg berkerja keras tapi hasil tak ada..
selagi kita berusaha InsyaAllah ada jalan nya.. tak payah berangan utk jadi jutawan.. tapi berusahalah utk kehidupan..
ketenagan dlm kehidupan adalah satu nikmat .. nikmat yg berkat ibarat dlm syurga.. syurga dunia.. sebelum syurga akhirat.. itulah syurga yg didahulukan..itulah org yg berkerja smart... org bertaqwa buat sikit tapi dapat banyak kerana Allah bantu..usaha 10% hasil 90%..tapi org tidak bertaqwa usaha 90% dapat 10%..segala kepakaran dikerah utk usaha 90%.. nampak berjaya kerana usaha tetapi itu hanyalah 10% nilai kejayaan..Marilah kita mengusahakan taqwa kpd Allah..
utk melihat long run adalah di tf weekly..mari kita lihat...


Thursday, 16 May 2013

Teknik KV33T by my fx313

Bismillah... KV33T (Kaedah Volume 33 dan Trendline) adalah satu teknik yg aku buat sendiri khas utk aku apply di tf H1.. aku adalah pengarang asal kaedah ini...sesiapa yg claim ini dia punya .. buktikan!..
Bermula dari kajian ekor candle Daily.. volume yg aku susun berdasar nombor2 fibonacci sequence atau fibonacco prime number..iaitu 0,0,2,3,5,8,13,21,34,55,89,144,233,377,610,987....
tetapi utk sistem ini aku pilih 33,55,70,89,144,233 utk daily movement.. volume2 ini aku susun bermula dari harga open of the day..
Pada mula2 dulu aku buat dan kira volume2 ini secara manual setiap hari.. dgn membuat horizantal line bagi setiap volume tersebut.. tetapi bila aku dah reti sikit2 ttg mengcoding indi aku buatkan dia jadi satu indi..belum ada lagi org pakai indi ini..  hanya aku seorg dlm dunia ini.. sesiapa yg kata ini indi dia .. buktikan!
Mula2 dulu indi ini agak kuno.. tetapi dari hari ke sehari aku update supaya sedap mata aku memandang dan releven utk daily trading..
Aku tambah pula dgn trading session.. masa yg aku pilih jam 8am,3pm dan 11pm waktu malaysia..kenapa waktu ini.. kerana aku melihat waktu ini best utk membuat keputusan..dan boleh nampak kemungkinan arah market utk hari itu..
Dan akhir sekali trendline bertindak sebagai filter utk menentukan arah market..dahulunya aku tarik trendline secara manual.. trendline yg aku buat adalah H4,D1 dan W1..kerana aku merasakan di tf tersebut trendline dia agak stabil berbanding trendline di tf kecil..setelah penat melukis trendline aku terfikir utk buat indi supaya jadi automatik.. ada indi dari pengarang rusia aku modified code dia supaya fit dgn sistem aku .. segala2nya jadi mudah dgn bantuan indi..
Volume 33 adalah volume sideway manakala volume 70 adalah average dan volume 89 adalah golden.. volume 120 dan 144 adalah bonus.. volume 233 adalah jarang-jarang atau kadang-kadang...
Setiap hari market akan buat patern ABC atau ABCD.. ini sesuai dgn teori elliot wave.. iaitu sehari biasa ada 3 wave atau 4 wave.. manakala pergerakan 1 wave adalah kadang2.. dan no wave atau sideway ada seminggu atau 2 minggu sekali tengok keadaan..ini wave semak kepala otak..
Dari open hingga jam 8am akan jadi satu wave.. dari 8am - 2pm satu wave , 3pm-11pm satu wave dan akhir sekali 11pm-5am satu wave..ini contoh pergerakan 4 wave ABCD..namun masa2 itu flexsible.. bolih jadi wave2 ini bergabung jadi 3 wave atau 1 wave sahaja .. itu kita tengok volume setiap wave dan trendline sbg penentu arah.. jika satu wave breakout trendline  ini beri signal 2 wave bergabung.. atau mungkin terjadi hanya 1 wave yg panjang..
Dahulunya aku buat di eu .. tapi sebenarnya semua pair major bolih masuk dgn sistem ini.. bagi cross pair juga sesuai tapi volume dia kena adjust..kerana cross pair ini bergerak ikut dua major pair.. andai dua2 major dia bergerak dlm arah yg sama.. cross dia akan bergerak luarbiasa dlm arah yg sama.. dan andai satu major up, manakala satu lagi down.. cross tak kemana2.. ini menunjukkan cross ikut major.. pergerakan major lebih stabil berbanding cross..bagi newbie fokus di major.. yg senior bolih fokus cross kerana pergerakan cepat.. cepat kaya, cepat juga mc..

Jangan tamak utk bermain banyak pair kerana kamu akan hilang tumpuan..satu skrin monitor bolih muat sedap memandang 3 window chart .. itu pun tak puas tengok.. bagi aku 2 chart dah  ok dah.. sedang2 elok.. tak besar dan tak kecil.. andai kamu letak 8 window chart dlm satu monitor .. payah nak tengok.. semua jadi kecil..

Ada trader2 ikut bank yg mangatakan kapal lanun..ya aku bersetuju dlm market mmg ada penyamun atau lanun yg menghuru-harakan gerakan market..gerakan volume dia agak besar bagi satu candle tapi lepas tu kona lipat.. biasa lanun tak ambil banyak.. hanya 33 pip solid kemudian akan balik semula harga asal..manakala jika bank akan ambil 100pip solid..disitu kamu tahu mana lanun mana bank trading.. dlm sehari masa trading lanun berada di wave retrace manakala bank berada di wave trend..filter yg digunakan adalah trendline.. bank akan ikut arah yg betul mankala lanun sebaliknya.. lanun adalah penyamun yg merompak dan mencari sl trader..juga menghuru-harakan keadaan supaya trader keliru.. maka pastikan dulu trend ..dan jika kamu meletak sl pastikan lebih dari 33 pip seelok2nya 55 pip..dari open candle lanun..aku tidak berniat utk membincangkan sistem bank.. tapi itulah hakikat sebenar..

ok kembali kpd kv33t..pertama pastikan dulu trend.. kedua bermain dgn wave dlm trading session tersebut.. ketiga fokus 33,55,70 dan 89 volume..dari day open..
dlm bab trendline aku tak habis lagi menghuraikan .. so sabar ya..





Tuesday, 14 May 2013

Teknik sma by myfx313

Bismillah .... teknik sma [simple moving average] adalah juga satu teknik yg boleh diguna oleh trader forex.. aku sengaja tulis ttg hal ini kerana utk mempelbagaikan kaedah2 trading..ini adalah topik selingan.. selepas ini aku akan fokus semula kpd tajuk asal.. iaitu teknik trendline , fibo , elliot wave dan kv33t itu sendiri yg aku apply di H1..

Hanya guna indi moving average di mt4 kamu semua.. simple..
sma maksud mudah harga purata.. senang cakap harga pertengahan hi lo..bagaimana utk mencari harga purata..

Bagi tf H1 purata harga diukur utk 1 minggu trading..
1 minggu = 5 hari trading
1 hari = 24 candle
maka 5 hari x 24 candle = 5 x 24 = 120
so sma utk H1 adalah 120
harga diatas sma 120 bg tf H1 dikira bias buy.. dibawah bias sell.. sesiapa yg tidak bolih terima maksud bias ini.. tak payah trade forex la weii.. mmg hang selalu lost.

Bagi tf M30 pula diukur harga purata 1 hari..
1 hari = 24 candle H1
1 candle H1 = 2 candle M30
maka 1 hari di M30 ada 24 x 2 = 48 candle
so sma utk M30 = 48
letak sma 48 kat M30 pula.. selesai

Bagi tf M15 purata harga utk 8 jam
1 jam ada 4 candle m15
maka utk 8jam = 4 x 8 = 32
so sma utk m15 = 32

Bagi tf m5 purata harga utk 4 jam
1 jam ada 12 candle m5
maka utk 4 jam = 12 x 4 = 48
so sma utk m5 = 48

Bagi tf H4 = 1 bulan [20 hari trading]
1 hari ada 6 candle di tf H4
maka utk 1 bulan (20 hari x 6 candle = 120 sma) sama seperti H1

Bagi tf D1 = 3 bulan
1 bulan = 20 hari = 20 candle
maka 20 x 3 = 60 sma

Bagi tf W1 = 6 bulan
sma 24 <--- kuiz..mcm mana aku dapat cuba cari?..

Bagi tf MN = 1 tahun = sma 12
Bagi tf m1 = 1 jam = sma 60

bila semua setting kamu dah dapat guna indi moving average dan letakkan di tf yg betul dgn setting yg betul juga..

mula2 tentukan style anda bagi intraday kamu tentunya memerlukan purata harga utk 1 minggu, 1 hari dan 8 jam.. maka tf yg kamu guna tentunya hanya H1 , m30 , m15.. so guna 3 tf ini sahaja..jgn terpedaya dgn yg lain..fokus tiga tf nim..ingat!ingat!..sebab kamu intraday trader..klu kamu masukkan H4 dlm analisis kamu .. itu sudah lari dari kaedah sebenar.. H4,D1 W1,MN utk swing trader.. kerana mereka memerlukan purata harga utk tempoh yg panjang.. 1 bulan,3 bulan, 6 bulan , 1 tahun..
Bagi scalper.. kamu hanya perlu melihat purata harga utk 8 jam, 4 jam dan 1 jam.. iaitu tf m15,m5,m1.. fokus!fokus!

ok aku kasi contoh bagi intraday..
tf yg diguna H1 , m30 ,m15.. letak semua sederet dlm satu monitor..
Ingat!.. atas sma bias buy.. bawah sma bias sell
pertama lihat breakout..di m15 kemudian breakout di m30 last sekali target di sma H1 .. cukup..bagi intraday.. jgn ngada2 lebih2.. kamu cuma intraday.. jika break juga H1 itu sudah jadi swing..
kamu jgn mudah lupa diri.. jika kamu asalnya intraday.. konsisten intraday hingga close post.. latih diri berdisiplin..

semoga kamu para newbie beroleh manfaat dari penerangan ringkas aku ini..







Friday, 3 May 2013

EU oh EU by myfx313

Bismillah... market eu sideway dlm range yg besar.. post aku kejap merah kejap hijau.. cilakak eu.. aku biorkan aje.. sakit jiwa klu tengok chart.. selagi MM jaga InsyaAllah tidak mc..

ok lah kamu lihat forecast aku sebelum ini dan bandingkan dgn market semasa dan lagi satu chart utk trade minggu depan.. aku menjangkakan awal minggu sideway.. jaga2 ja kawan.. MM laksanakan InsyAllah kamu menang.. klu kamu menang kamu senang.. aku tak mintak apa2..

klu ia benar kerana izin Allah.. klu silap maafkan daku.. huhu.. amoi.. teman aku ngeteh jom.. release tension..



Thursday, 2 May 2013

Mengenal sifat market [bab 4] by myfx313

Bismillah... Ini adalah sambungan dari bab 3.. so baca bab 3 dulu la..

Tidak payah kita memandang yang jauh.. juga tidak perlu melihat yg jauh utk terasa..klu jiwa kita hidup dan jaga..didalam chart tf kecil kita terasa.. terasa utk buy/ sell.. tidakkah engkau sedar..adakala engkau tidur.. ohh terlepas peluang entry bermakna....adakalanya berlaku setiap hari..hingga engkau mc..tangan mu asyik hendak mengklik tanpa engkau mahu..
tapi di masa yg sama engkau klik..tanpa kesedaran mu..bukankah menunjukkan ada kuasa melakukan..klulah kita ada kuasa tentu...
kehendak kita semuanya berlaku..yang tidak dikehendaki tidak akan berlaku...
tapi pengalaman kita tidak begitu..ada yg kita kehendaki berlaku..ada yang kita kehendaki tidak berlaku..ada yg kita tak nak , ia berlaku...yang kita nak , tidak berlaku..


Wednesday, 1 May 2013

Mengenal sifat market [bab 3] by myfx313

Bismillah... Satu kitaran market yg lengkap mesti dari ( Mula > breakout > TP 100% > retrace 50)...
Market forex bergerak berterusan .. dari tf kecil hingga tf besar dan dari besar ke kecil..

Seorg sahabat dari indonesia bertanya .. aku copy paste soalan dia "Abg, kalo h4 dan 100% tapi bersamaan D1 breakout..
Apa market tetap akan ke fibo 50 (H4) dulu? atau meneruskan ke D1 nya? tks"...
Aku jawab"biasanya dia akan teruskan daily sebab tl daily lebih dominan..kemudian baru retrace semuanya.. andai W1 breakout juga .. maka market juga akan teruskan tl W1.. ini saat yg ditunggu trader..
level 50 weekly juga kena ambil kira.. bila daily bertukar weekly".. 
Sahabat ini sudah TP .. tahniah..
Bagus soalan.. dan rasanya aku dah jawab..tapi tak apalah kita detailkan lagi
Dimana hendak bermula
[1] Pastikan dulu status market semasa.. dimana harga berada sekarang dan tentukan status dgn tepat..
[2] Rancang perjalanan market
Status market boleh dikesan dimana2 tf..berpandukan trendline cari dimana tp 100% nya..bila dapat kesan tp 100% nya lalu cari pula retrace 50 nya..ok disitu kita bermula..

Masih kabur abg?.. dimana kita nak mula.. ok andai kamu keliru dimana.. kita buat andaian di tf paling besar.. iaitu monthly.. cari harga yg paling atas dan harga paling bawah.. kita andaikan satu hujung adalah mula.. manakala satu hujung lagi tp 100% nya..

Rasanya aku kasi beberapa contoh tf monthly.. kemudian kamu cuba pair2 yg lain.. tujuan utk melatih2 kemahiran dan mengasah ilmu..

ok selamat study dan jumpa lagi di bab seterusnya..









Tuesday, 30 April 2013

Mengenal sifat market - bab [2] by myfx313

Bismillah.... Tidak mengapa jika untung sedikit , asalkan tidak mc ... kerana jika sedikit... engkau hanya tidak dapat berjalan2.. tapi klu mc engkau akan hilang kebahagiaan..

ini adalah kiasan utk para trader.. kamu analisis market jauh targetnya.. ohh.. itu tf weekly bhai..
sifat market yg mustahil adalah bergerak seperti garis lurus..
wajib bagi market gerak bengkang-bengkok..
kenapa gitu abg?.. hentah .. tanya aku buat apa.. sebab mmg sifat dia begitu..sifat wajib atau mustahil atau apa2 bg forex bukanlah  seperti syariat agama ...kena faham molek..

namun kajian para trader lama membuktikan dia bergerak dlm 5 ombak/wave utama bagi trend.. manakala correction/retrace dlm 3 wave utama..
dlm menuju target dia jalan seperti ular  tapi akhirnya sampai juga matlamat dituju..

Kadang2 trader tersilap juga dlm mengenal status wave semasa..jika kamu expert dlm kiraan wave.. haha.. aku dah lebih dulu dari kamu.. sebab itu aku tinggalkan teori itu.. sebab kadang2 mengelirukan..

Biarkan berapa banyak wave yg market ingin buat sebab itu mmg kerja dia.. jgn terpedaya dgn pin bar/ jarum sebab sering kamu terpedaya.. yg dikatakan syurga itu neraka.. manakala yg dikatakan neraka itu syurga.. ini adalah muslihat dajal.. tanpa pegangan iman kukuh kamu akan ditipu daya..

Kekuatan market adalah trend..maka carilah trend.. ikut trend nescaya kamu tak sesat..bagaimana cari trend?.. mestilah guna trendline..jika guna H1 maka ikutlah trend H4.. jika H4 pula maka cari lah trend di D1.. jika D1 di weekly lah trend dia..

Namun para trader akan mencari kekuatan trend di semua TF..andai selari semua TF trend yg sama.. market akan bergerak luar biasa lajunya..

Misalannya begini jika trend weekly adalah up.. manakala D1 down.. segera kita faham bahawa yg D1 tu adalah retrace saja..bagi weekly mahupun daily tidak mungkin bagi trader kecil2an.. sebab sangat berat dan terseksa jika floting..pilihlah TF yg sesuai dgn emosi dan margin kamu..namun bagi analisis semua tf mesti dikenal pasti trend dia..

cara kenal pasti trend adalah dgn berakhirnya trend sebelum.. maka bermulalah trend yg baru..dimana dia bermula? tentulah di TP100% trend sebelum..

Adakah pasti itu trend baru?.. atau hanya retrace saja..
Dgn melihat level 50 .. disitu petunjuk diketahui..
Setakat ini petunjuk ini adalah benar dan tak berubah..itulah rahsia di sebalik rahsia..

Ada sekumpulan pelajar di Amerika bersama pensyarahnya melakukan kajian ttg ini.. dan mereka dapati ia benar..lalu di cipta software utk trading cara itu.. ramai yg guna dan berjaya.. mereka yg guna tak tahu pun hakikat sebenar kenapa market begitu.. cuma di berikan signal buy/sell.. itu saja.. namun kaedah trading dan sempadan trading sebenar tak tahu..walaupun begitu trader yg berdisiplin berjaya juga akhirnya.. kerana ikut syarat2 sistem trading mereka..tahniah..

Disini inilah rahsianya ...tp100% dan retrace level 50.. yg diberi nama teknik trendline..diulang suara.. trendline adalah ibarat tali kereta cable.. pernah naik cable car?.. kamu masuk dlm tutup pintu.. kereta jln pelan2 ikut rel..sampai hujung rel ..cangkuk atas dia tu akan  tersangkut di atas cable yg bergerak lalu membawa kereta naik keatas gunung.. ditengah2 gunung ada satu stesen lagi disini samaada  turun semula atau naik lagi hingga ke puncak gunung.. pergi lah Langkawi.. try naik cable car..duduk saja2 dlm kereta sambil kecut telur di tengah2 gunung.. sambil2 tu berfikirlah sejenak kaitan alam dgn kehidupan.. Diatas gunung lihatlah pemandangan cantik betapa Allah jadikan semua ini tidak sia2..

Teori adalah mudah namun realitinya rumit..kena betul2 fokus baru dapat.. InsyaAllah ada jalannya...

Yg paling senang adalah pair eu.. bagi pair2 yg lain contohnya GU ada sedikit trick ttg kaedah trendline ini..ok sesiapa yg ingin dapatkan indi trendline boleh pm aku difb atau email aku.. supaya senang utk kamu faham bila aku melangkah di bab seterusnya..
Dah abis ke abg?.. belum lagi moi.. pelan2lah.. ada masa aku tulis la..aku pun nak rehat2 juga.. kita study santai2 je..











Disebalik eu 30413 (atas permintaan) by myfx313

Bismillah... sebenarnya aku malas nak post tapi atas permintaan seorg kawan yg ingin mengetahui disebalik cerita.. maka aku post juga dan juga utk tujuan kajian dan pembelajaran ilmu utk semua yg trade eu hari ini... jika tersilap mohon maafkan saya..




Friday, 26 April 2013

Mengenal sifat2 market bab (1) forex by myfx313

Bismillah... Awal agama adalah mengenal Tuhan.. begitu juga dgn forex.. mula2 adalah mengenal market..mengenal market forex adalah  melalui sifat2 market..

Mengenal Allah adalah melalui sifat2nya.. 20 yg wajib 20 mustahil dan 1 sifat yg harus..20+20+1=41..
bg rasul 4 sifat wajib, 4 mustahil ,1 yg harus.. 4+4+1=9..
maka 41+9=50..itulah yg dinamakan kesempurnaan iman dan ia terkandung dlm ucapan 2 kalimah syahadah..

ini dah mcm kuliah subuh pulak abg?...
diamlah!.. sengih//..
Allah adalah pencipta..mengenal market akhirnya kamu akan kenal Tuhan pencipta..wujudnya forex termasuklah diri kita ada yg menjadikan..dan wujudnya sesuatu di alam ini adalah bersebab..sebab membawa akibat.. walaupun ada sebab2 tapi sebab itu tidak memberi bekas..bukan sebab itu memberi bekas tetapi Allah lah yg beri bekas atau mendatangkan akibat..
Akhirnya kembali kepada Tuhan pencipta..kita sbg makhluk kena ikut peraturan Allah..
klu Allah sudah sunnahkan sesuatu kejadian terjadi sedemikian rupa..maka itulah yg mesti kita ikuti..dan Allah tidak sekali2 menukar peraturannya itu..

"Kami datangkan bagi tiap2 sesuatu dengan adanya sebab" (Al Kahfi:84) ;
"Kamu tidak akan mendapati yg Sunnatullah itu bertukar ganti" (Al Ahzab:62);
"Sekali-kali kamu tidak akan mendapati yang Sunnatullah itu berubah-ubah" (Al Fatir:43)

misalnya utk mencapai kejayaan kena belajar bersungguh2..peraturan yg Allah tetapkan sbg landasan dan peraturan..kenapa demikian.. kerana mmg Allah kehendaki demikian..tetapi Allah juga boleh jadikan sesuatu tanpa sebab..Kuasa Allah itu mutlak..

Kenapa market reverse..
sebab dah capai tp 100%..

kenapa market tak terus turun bila dah hit level 50..
sebab tidak disambut oleh trendline..

kenapa market terus naik walau sudah hit tp 100%..
sebab disambut pula oleh trendline seterusnya..

yg ini pulak dah hit level 50 tapi kenapa pulak makin turun terus..
sebab disambut oleh trendline..

ini adalah contoh2 sebab membawa akibat..

yang ini kenapa teruk sangat abg sideway dgn range yg besar?.. adoii.. sengih..
sebab market tidak ada sebab utk naik atau turun .. hanya mencari2 level 50.. kalau-kalau ada disambut oleh mana2 trendline..
kamu lihat dia semakin kecil kan..

hukum market forex ini senang..

[1] TP adalah 100%
[2] Retrace adalah level 50

penyebab utama dia bergerak adalah trendline..
tanpa disambut oleh trendline market tak pergi kemana2 hanya asik mencari2 level 50 atas bawah..<--- sideway market..

ini adalah secara umum..
aku bercadang utk lebih detailkan lagi.. jika ada kesempatan dan Allah izinkan aku tulis lagi..
klu kamu tak malu tunggulah post tu nanti..

sekian secara ringkasnya..sengih..:):)








Thursday, 25 April 2013

Scalping mode on by myfx313

Bismillah... peh!!1.. lupa lihat H1 kerana pergi keluar pasar malam.. hit trailing stop... maka tukar strategi scalping mode.. tp 5 pip .. curi2... 7 kali buat dapatlah 35...buy limit kat bawah utk teruskan misi tp H4.. hehe..InsyAllah lepas ini market spt biasa follow H4.. kemudian Daily Kemudian weekly..