Friday 16 October 2015

Muqaddimah by myfx313

Bismillah .....secara umumnya ilmu2 yang penting dalam forex boleh dibahagikan kepada tiga iaitu..

1) Sistem teknikal (  kaedah trading)
2) MM ( pengurusan margin)
3) Psikologi ( akhlak)

dalam bertrading , setiap trader mestilah melaksanakan serentak ketiga2 ilmu tadi...
sama ada dari segi teori mahupun praktikal... tiga ilmu ini tidak bolih dipisahkan ...
kalau dipisah2kan salah satu .. maka akibatnya rosaklah tradingnya....
ertinya ketiga2 ilmu tersebut dilaksanakan sekaligus atau serentak....
ia tidak bolih diamalkan satu2 saja tanpa yang lain....teknikal saja atau mm saja atau saikologi saja ..
tentu akan merosakkan entry ...
kalau dipisahkan dalam trading harian tuan...paling tidak  akan asyik sl ....
bahkan kemungkinan akan mc tanpa dia sedar....

dari ketiga2 ilmu ini... asas nya adalah sistem teknikal ....
tapak yang menjadi pegangan dan keyakinan setiap trader dalam bertrading...
ibarat rumah ....asas  tapaknya adalah faundationnya ....
bangunan dan peralatan yang lain adalah mm dan psikologi nya...
kalau begitu mm dan psikologi tidak dapat ditegakkan kalau teknikalnya tak ada....atau tidak kukuh atau tidak kuat...
kamu jaga mm dimana sl nya... tak tahu... kamu cuba kontrol emosi... sampai bila atau kemana... tak tahu... mungkin sampai mc.... kah.. kah padan muka ...

sistem teknikal adalah asas..... mm dan psikologi adalah cabang2nya....

kalau begitu sistem teknikal dalam forex amat penting sekali....dan utama....
kerana ia membolihkan kita ber MM dan ber saikologi....

bagaimana pula dgn fundamental abam? <---- soalan dari newbie negeri dicapati....
news pun bukan selalu ada...oneemdebe pun tak settle lagi..dlm cerita p.ramlee.. jebon itu pencuri...kan bunyi dia dekat2 tu..

MM dan saikologi tak ada nilai  ... kalau teknikal rosak...

perkara asas penting yang mesti ada dalam sesuatu sistem teknikal iaitu..

i- arah trend..
ii- level sl/ stop trading
iii- target / tp..

belajar ilmu teknikal ... hukumnya "wajib"....jatuh "dosa besar" bagi trader yang tidak mempelajarinya...
hatta bolih menjadi mc tegar selamanya secara tidak sedar kalau jahil tentang ilmu ini.... kih..kih..
jangan lah serious sangat abam...tak kan cakap wajib pun nak marah...terbukakanlah sikit minda dunia ke3 abam tu ...

ilmu teknikal yang berkaitan dengan market dan sifat2nya....
kalau tidak dipelajari... paling mudah utk terjatuh mc...sebab itu di hukumkan "wajib"....
wajib bagi setiap trader mampelajarinya terlebih dahulu mendahului ilmu2 yg lain...

awal2 agama ialah mengenal Allah.......
maka peribahasa forex pulak.. awal2 berforex ialah mengenal market...

ilmu teknikal janganlah dicuaikan mempelajarinya...supaya dia menjadi panduan dan keyakinan yg mantap sewaktu bertrading...
walau bagaimana kemas dan baik nya mm kita..sekiranya teknikal kita fail... entry akan juga  selalu fail ...mengikut kebiasaan walaupun cantik mm dan saikologi ia masih tetap bergantung pada sistem teknikal... kalau teknikal keparit .. maka ke gaunglah mm dan saikologi...
umpama sebiji kereta jika baik body dan injin nya..insyaAllah akan sampai alor setar dari jb walaupun tak ada air cond dan radio......
seat dan stereng cantik pun tak guna kalau body reban.. brek tak makan walaupun ada abs..

disini pentingnya pelajaran teknikal...kerana ia bolih mencorak cara bertrading seseorang....
sehingga yang lahir dari entry nya adalah gambaran hasil teknikal analisisnya....

Alhasil....kalau sudah ramai yang teknikal nya tepat...maka akan lahirlah trader yang berjaya...dan berduit walaupun belum sampai level jutawan...tak apa..
Kerana teknikalnya tepat....ia mendorong trader berMM dgn kemas dan emosi yang stabil....
mudah2an kamu jadi orang bertaqwa....